Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Artis Perancis Cuba Menetas...

PARIS - Selepas tinggal dalam arca beruang selama dua minggu dan dalam batu...

Pengemis Kumpul RM11,300 Sehari

Wolverhampton - Seorang pengemis meraih pendapatan sehingga £500 (RM11,300) sehari dengan berpura-pura gelandangan...

Najib Pemimpin Boleh Dipercayai...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak ialah seorang pemimpin yang Malaysia...

Pemimpin G7 Ikrar Pastikan...

BRUSSELS - Pemimpin Kumpulan Tujuh (G7) negara pada Khamis mengecam operasi ketenteraan khas...

Kajian Dapati Vape Boleh Menyebabkan Kemandulan

NAMPAKNYA isu peranti rokok elektronik atau vape di Malaysia sudah mula dilupakan banyak pihak selepas ia menjadi isu negara yang cukup panas pada hujung tahun lepas.

Johor dan Melaka telah secara rasmi mengharamkan sepenuhya penjualan vape manakala jirannya, Negeri Sembilan pula membenarkan penjualannya tetapi hanya kepada mereka yang bukan beragama islam.

Bagi yang mementingkan kesihatan telah menerima pengharaman vape ini dengan baik kerana mereka yakin ia membawa kemudaratan.

Persatuan vape pula menentang tindakan pengharaman vape kerena mereka berpendapat ia adalah lebih baik daripada rokok, dan konon akan membantu perokok meninggalkan ketagihan merokok.

Satu kajian terbaharu dari Hong Kong, China mendapati vape boleh menyebabkan kemandulan kepada penghisap tegar.

Penyelidik Baptist University Hong Kong telah mengkaji sebanyak 13 alat vape dan menjumpai kandungan Polybrominated Diphenyl Ethers (PDE) di dalam cecair perasa vape.


Ia sebenarnya adalah lebih tinggi berbanding kandungan di dalam rokok biasa.

PDE digunakan untuk mengelak cecair vape dari terbakar dan ia mengganggu hormon tiroid yang menyebabkan masalah kepada organ pembiakan sekali gus membawa kepada kemandulan.

Setakat ini, sebanyak 16 buah negara telah mengharamkan penjualan vape atas alasan kesihatan.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=IxekurEYBjU]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori