Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Calon Muda BN Pahang...

KUANTAN – Menjadi calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum...

Menteri Ke Semenyih Bukan...

KEHADIRAN beberapa menteri Pakatan Harapan (PH) dari kalangan pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia...

Korea Utara Lepaskan Empat...

SEOUL: Korea Utara melepaskan empat peluru berpandu balistik ke Laut Barat ketika Washington...

Usia 19 Tahun, Tapi...

CHINA – Meskipun usianya sudah mencecah 19 tahun, namun Zeng Yushan masih kelihatan...

Kastam Perlis Tumpaskan Cubaan Seludup Dadah Seberat 88 Kg

PADANG BESAR – Seorang lelaki warga Thailand ditahan Jabatan Kastam Perlis pagi ini ketika cuba menyeludup masuk dadah jenis ganja seberat 88 kilogram melalui Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di sini.

Pengarahnya, Kamarudin Jaafar berkata ketika anggota Kastam sedang melakukan pemeriksaan rutin pada pukul 9.30 pagi, seorang lelaki yang memandu kereta Mercedes Benz E220 dilihat dalam keadaan mencurigakan.

“Sebaik anggota membuat pemeriksaan ke dalam kereta yang dipandu lelaki terbabit mereka menemui 88 ketul ganja mampat bernilai lebih RM300,000.

“Ganja disembunyikan di dalam ruang khas yang diubahsuai di but kereta serta tempat duduk belakang,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati lelaki berusia 37 tahun itu merupakan keldai dadah atau berkemungkinan merupakan ahli sindiket yang aktif memasarkan dadah di negara ini.

“Suspek dihantar menjalani ujian air kencing dan ditahan reman selama 14 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.


Kamarudin berkata pihak Kastam akan lebih proaktif untuk membanteras pelbagai kegiatan penyeludupan.

“Pelbagai taktik untuk meloloskan diri digunakan penjenayah.

“Tetapi kebijaksanaan anggota yang cekap membaca peri laku, riak wajah dan kondisi kenderaan yang mencurigakan berjaya mematahkan kegiatan penyeludupan seumpama ini,” tambahnya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori