PENGGEMAR kasut berjenama Conserve bakal di’saji’kan dengan sesuatu yang luar biasa tahun ini kerana syarikat itu bakal mengeluarkan design yang paling canggih dalam 100 tahun pembabitan industri kasut.
Selepas kejayaan revolusi Chuck II, kini Converse tampil Converse Chuck Taylor All Star II Reflective Print yang sudah berada di pasaran pada 3 Mac lalu dengan harga sepasang dianggarkan sekitar RM329.90.
Hebatnya sepatu ini kerana ia dikatakan dapat memantulkan cahaya (reflective print) dalam suasana separa gelap sama ada siang mahu pun malam.
Di samping spesifikasi yang boleh memantulkan cahaya, ia juga didatangkan dengan pelbagai corak terkini sekali gus dapat menarik golongan peminat dan pengumpul kasut jenama ini.
Selain spesifikasi itu, Chuck II Reflective Print ini didatangkan dengan tapak yang selesa iaitu jenis Nike LunarIon dan lidah yang tidak mudah licin (nonslip padded tongue) kerana dilapisi lapisan micro-suede.
Ini melengkapkan lagi koleksi keluaran Converse yang sedia ada.
Menurut Ryan Case, pengarah syarikat kasut Converse, kasut Chuck II adalah diinspirasikan oleh pelanggan kami yang ingin hidup dengan gaya aktif dan kreatif.
Manakala Chuck II Reflective Print pula memberikan sentuhan peribadi sambil meningkatkan penglihatan dalam cahaya samar membolehkan mereka melakukan apa sahaja sama ada siang atau malam. –MYNEWSHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=f5HZ530xU94]