Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Awas – LHDN Ambil...

KUALA LUMPUR - Mana-mana individu tempatan yang menyimpan wang di luar negara tanpa...

52 Pelajar Sekolah Terlibat...

KUANTAN - Seramai 52 pelajar sekolah menengah di seluruh Pahang terlibat dalam kesalahan...

“Jangan Beli Wakil Rakyat,...

MARANG - PAS bertegas mahu Parlimen dibubarkan dan kuasa memilih kerajaan diserahkan kembali...

Zahid Jamin Tiada Ahli...

PRU15 | Barisan Nasional (BN) tidak akan melantik wakil rakyat atau ahli politik...

Kawal Aktiviti Pelancongan, Pelihara Warisan

KUALA TERENGGANU – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin mahu aktiviti pelancongan di pulau-pulau di negeri ini dikawal supaya keindahan dan kelestariannya dapat dipertahankan sebagai warisan bangsa.

Baginda bertitah usaha mengawal, memelihara dan menjaga keindahan semulajadi perlu dipertingkatkan agar manfaatnya dapat dinikmati sehingga ke generasi akan datang.

Dalam menghadapi Tahun Melawat Terengganu 2017, baginda berharap kerajaan negeri terus memperkasa produk pelancongan dan meningkatkan promosi pelancongan dalam kalangan rakyat tempatan, agar Terengganu menjadi destinasi utama di negara ini.

“Sumbangan sektor pelancongan terhadap Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri mampu dipertingkatkan kerana iamempunyai potensi yang sangat besar bukan sahaja pemangkin ekonomi negeri malah mampu menjana pendapatan dalam kalangan rakyat.

“Pengisytiharan Setiu Wetlands sebagai Taman Negeri pertama adalah usaha positif ke arah memperkenalkan produk eko pelancongan sebagai salah satu produk yang utama dalam industri pelancongan negeri,” titah baginda ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Ke-13 di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.

Terdahulu, keberangkatan tiba Sultan Mizan dan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah di Wisma Darul Iman disambut Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan isteri, Toh Puan Seri Halina Zakaria.

Dalam pada itu, baginda turut menzahirkan rasa sukacita terhadap usaha kerajaan negeri yang akan membina dan menaik taraf pusat rehabilitasi serta hemodialisis di setiap kawasan Parlimen bagi kesejahteraan hidup rakyat.

“Beta juga sukacita apabila dimaklumkan akan usaha kerajaan negeri yang akan melaksanakan program perintis ‘Healthy Walkable City’ yakni program pertama seumpamanya di negara ini.

“Program dengan kerjasama kerajaan pusat ini akan memudahkan rakyat berjalan kaki dalam bandar melalui pembinaan laluan pejalan kaki berbumbung sepanjang 400 meter dari pasar Payang ke stesen bas Kuala Terengganu.


“Ia secara tidak langsung dapat menggalakkan masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat serta mengurangkan kesesakkan lalu lintas,” titah baginda.

Sultan Terengganu turut berharap kerajaan negeri dapat memperkasa sektor pertanian bagi meningkatkan taraf kehidupan golongan petani.

Baginda turut menyatakan rasa bangga dan penghargaan terhadap usaha kerajaan dalam melaksanakan projek teras dalam bidang pertanian seperti projek Melon Manis Terengganu dan peningkatan penghasilan beras menerusi projek Infrastruktur Tamaman Padi di Kampung Jelapang Setiu yang berkeluasan 735 hektar.

Sultan Mizan juga mengingatkan semua pihak agar menghormati Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Negeri, mengatasi kepentingan peribadi dan ideologi.

“Beta yakin negeri dan rakyat akan terus menikmati keamanan, keharmonian dan kesejahteraan hidup sekiranya sikap hormat-menghormati dan mematuhi undang-undang dijadikan landasan utama.

“Beta berharap agar semua pihak sentiasa bersatu padu dalam menghadapi 2016 yang dilihat satu lagi tahun yang sangat mencabar buat negara kita,” titah baginda. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori