Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kamal Adli Dah Bawa...

ADAKAH hubungan antara aktres Emma Maembong dan Kamal Adli menjadi semakin serius sejak...

Geng Motor Tendang Side...

AKSI sekumpulan penunggang motosikal melaksanakan 'hukuman' sendiri dengan menendang cermin sisi kenderaan yang...

Jangan Percaya Berita PKR...

Dalam isu nama untuk dicalonkan sebagai Menteri Besar (MB) Selangor, Parti Keadilan Rakyat...

Yaman Berdepan Ancaman Kebuluran

NEW YORK - Yaman bakal berdepan ancaman kebuluran besar-besaran yang akan memberi kesan...

KDN Akan Bincang Dengan KPKT Selaras Operasi Banteras Along

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk menyelaras operasi membanteras kegiatan peminjam wang haram atau ‘along’ secara menyeluruh dan berkesan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata susulan cadangan beberapa anggota Parlimen yang mahukan KDN mempunyai kuasa menerajui operasi membanteras kegiatan ‘along’, KDN bersedia untuk mempertimbangkan cadangan tersebut.

“KDN prihatin dengan kebimbangan anggota Parlimen iaitu kerajaan perlu mempunyai ‘iltizam politik’ untuk membanteras kegiatan ‘along’ yang masih lagi berleluasa walaupun pelbagai langkah telah diambil oleh pihak berkaitan.

“Jika itu cadangannya, KDN akan bincang dengan KPKT supaya kita boleh menerajui bagi memerangi kegiatan ini (along),” katanya pada sesi soal jawab dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab cadangan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) yang mahu KDN merangka pelan jangka panjang termasuk menerajui operasi membanteras kegiatan peminjam wang haram yang seolah-olah tidak takut dengan peraturan dan penguatkuasaan sedia ada.

Cadangan itu juga disokong oleh M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) yang mahu kerajaan membanteras kegiatan along secara besar-besaran kerana ia membawa kesan negatif kepada peminjam yang antaranya terpaksa melakukan jenayah seperti mencuri dan merompak untuk membayar balik faedah tidak munasabah yang dikenakan oleh ‘along’.


Menjawab soalan asal V. Sivakumar (DAP-Batu Gajah) mengenai langkah yang diambil kerajaan untuk membanteras kegiatan along, Nur Jazlan berkata KDN melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya terlibat dengan penguatkuasaan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 yang berada dalam bidang kuasa KPKT.

Katanya sebanyak 351 along ditangkap dan 44 daripadanya didakwa di mahkamah tahun lalu berbanding sebanyak 98 orang yang ditangkap pada tahun 2014 dan 90 daripadanya telah didakwa di mahkamah.

Nur Jazlan berkata PDRM juga memberikan perlindungan keselamatan kepada pegawai Pihak Berkuasa Tempatan ketika menjalankan aktiviti penurunan poster dan iklan along.

“Kita juga sebarkan poster dan brosur untuk mendidik orang ramai mengenai cara untuk mengenali peminjam berlesen dan peminjam haram serta sebaran mengenai agensi yang menawarkan pinjaman mikro seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM),” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori