Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Hubungan Rapat Malaysia-Indonesia Perlu...

KANGAR - Kelebihan hubungan rapat antara Malaysia dan Indonesia hendaklah dipelihara dan diperkasakan...

563 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Kes baharu jangkitan Covid-19 di negara ini meningkat kepada 563...

Suspek Keempat Ditahan Kerana...

KUCHING - Polis Sarawak menahan suspek keempat yang disyaki membuat catatan fitnah terhadap...

Imigresen Komited Banteras Jenayah...

PUTRAJAYA - Kejayaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam kes pertuduhan berkaitan sindiket penyeludupan...

Kegiatan Jenayah Di Hilir Perak Perlu Diberi Perhatian Terus

TELUK INTAN – Kegiatan jenayah termasuk penyeludupan dan pemerdagangan manusia di Hilir Perak perlu diberi perhatian serius kerana daerah itu merupakan satu daripada pintu masuk sempadan Malaysia-Indonesia.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan berkata kedudukan daerah tersebut yang terletak bersempadan dengan negara jiran, dipercayai menjadikannya destinasi atau transit bagi kegiatan tidak bertanggungjawab itu.

Sehubungan itu, Hasnan berharap Ketua Polis Daerah Hilir Perak yang baharu ACP Wan Hassan Wan Ahmad dapat memberi perhatian terhadap isu berkenaan.

“Jawatan ketua polis daerah sangat penting kerana ia akan menentukan hala tuju Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) ke tahap yang cemerlang. Saya yakin Wan Hassan dapat membawa banyak kejayaan untuk kesejahteraan masyarakat di Hilir Perak,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Hilir Perak antara SAC Mohd Shuhaily Mohd Zain dengan Wan Hassan di IPD Hilir Perak di sini hari ini.

Mohd Shuhaily yang telah berkhidmat selama setahun tujuh bulan di IPD Hilir Perak dilantik sebagai Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, manakala Wan Hassan sebelum ini adalah Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan.


Pelantikan Wan Hassan sebagai Ketua Polis Daerah Hilir Perak berkuat kuasa hari ini.

Terdahulu, Wan Hassan dalam ucapannya berjanji untuk mengekalkan legasi kepimpinan Mohd Shuhaily selain memastikan kadar indeks jenayah dapat terus dikurangkan.

“Saya memerlukan kerjasama daripada semua anggota serta pegawai dan akan meneruskan segala perancangan termasuk perancangan operasi yang dilaksanakan Mohd Shuhaily sebelum ini bagi memantapkan IPD Hilir Perak,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori