Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Indonesia ‘Iktiraf Kegagalan’ Malaysia...

KEMENTERIAN Kesihatan Indonesia melalui akaun Twitter rasmi mereka membuat kicauan berikut pada 6...

Anggota Polis Ditipu Pegawai...

BANGKOK - Kita biasa dengar orang awam ditipu penjenayah tetapi di Thailand, seorang...

Korban Akibat Covid-19 Seluruh...

ANKARA - Jumlah kematian di seluruh dunia akibat Covid-19, meningkat lebih 40,000 semalam...

Bajet 2015: RM660 Juta...

KUALA LUMPUR - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), yang bertanggungjawab menyelaras...

Kehilangan Tidak Mungkin Dapat Diganti Lagi…

KOMPOSER dan penulis lirik terkenal tanah air Datuk Adnan Abu Hassan, 57; kembali ke Rahmatullah di Hospital Selayang, Selangor awal Jumaat yang penuh diberkati, penghulu segala hari.

Pemergian beliau menghadap sang Pencipta ternyata diratapi oleh ramai penyanyi popular tanah air antaranya penyanyi terkenal dan tersohor tanah air Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.

Siti yang dicungkil dan dikesan bakatnya oleh Allahyarham ternyata terimbau kenangan manis bersama-sama arwah yang banyak berjasa dalam mendidik dan membentuk beliau sehingga menjadi legenda dan penyanyi nombor satu tanah air.

Artis kelahiran Pahang ini memilih Adnan sewaktu pertama kali menceburkan diri dalam industri seni dan antara lagu-lagu ciptaan arwah yang berjaya melonjakkan nama beliau seperti Jerat Percintaan, Jawapan Di Persimpangan, Purnama Merindu dan Diari Hatimu.

Kesedihan atas pemergian Adnan dikongsi oleh Siti melalui laman Instagram miliknya dengan beberapa posting.

siti

sti

Turut sama berkongsi kesedihan dan rasa kehilangan atas kehilangan komposer dan penerbit tersohor ini ialah Misha Omar, yang melonjak naik namanya melalui lagu Bunga-bunga Cinta ciptaan arwah sehingga menjuarai Anugerah Juara Lagu Ke-18 pada 2008.

MO

Antara artis lain yang cukup sinonim dengan Adnan ialah Aisyah dan Nora memandangkan kedua-dua artis ini pernah mengalunkan lagu-lagu ciptaan arwah.

Malah dengan sentuhan arwahlah yang telah melonjakkan dan menjulang artis-artis ini sehingga menjadi satu nama yang cukup dikenali dalam industri muzik.


NORA 1

NORA

Antara lagu hit yang menaikkan nama Nora seperti Di Persimpangan Dilema.

“Di Persimpangan Dilema adalah lagu yang perkenalkan saya dalam dunia hiburan. Saya berterima kasih kepada Datuk Adnan. Tanpa lagu tersebut mungkin tidak ada yang kenal saya.

“Walau bagaimana pun kita doakan supaya kesihatan Datuk Adnan beransur pulih. Saya juga berharap supaya kita tidak lupakan mereka yang banyak berjasa untuk industri.

“Jangan apabila mereka sudah tiada, baru hendak kita beri sesuatu,” ujar Nora kepada sebuah portal stesen radio tempatan.

AISYAH

Aisyah yang pernah popular dengan lagu Camar Yang Pulang dan Kasih Kita menyifatkan pemergian Adnan suatu kehilangan bahkan menganggap arwah sebagai abang yang banyak membantu beliau dalam industri. – MYNEWSHUB.CC

Baca: Komposer Adnan Abu Hassan Meninggal Dunia

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=7s5749rQIPg]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori