Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Ismail Sedar Kebolehan Vokal,...

TIDAK boleh disangkal lagi, industri muzik kini menjadi semakin meriah dengan kedatangan penyanyi-penyanyi...

SPR Diminta Segerakan SOP...

KUALA LUMPUR : Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)...

Tukang Cuci Jumpa Jongkong...

SEORANG tukang cuci di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan menjumpai sesuatu yang...

Lelaki Melayu Ini Berhabis...

WALAUPUN agama menegah umat Islam daripada melakukan pembedahan plastik, namun hal itu ternyata...

Keluarga Mangsa Mahu Cari Pesawat MH370 Di Afrika

KUALA LUMPUR – Ramai anggota keluarga penumpang pesawat MH370 menggesa pihak berkuasa antarabangsa supaya menjalankan usaha pencarian di pesisiran pantai timur Afrika, lapor stesen Singapura, Channel NewsAsia.

Ini susulan penemuan terbaharu serpihan komponen pesawat ditemui dekat perairan Mozambique iaitu kedua selepas flaperon atau sayap pesawat dijumpai di pantai Pulau Reunion di Lautan Hindi pada 29 Julai tahun lalu.

Flaperon itu akhirnya disahkan pihak berkuasa Perancis dan Malaysia sebagai milik MH370, sekali gus membuka harapan kemungkinan bangkai pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAB) tersebut berada dekat lokasi berkenaan.

Malah penemuan terkini serpihan pesawat dipercayai berasal daripada Boeing 777 di kawasan beting pasir Paluma dekat Selat Mozambique pada 1 Mac lalu kemudian mencetuskan spekulasi ia kemungkinan besar milik MH370.

Ini kerana secara kebetulan jarak antara negara itu dengan Reunion, pulau peranginan pentadbiran Perancis hanya dipisahkan kira-kira 3,000 kilometer dan ia selari dengan simulasi arah hanyutan pesawat itu terhempas.

Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai namun berkata “berkemungkinan tinggi” serpihan itu daripada pesawat Boeing-777, namun menggesa orang ramai supaya jangan membuat spekulasi ia sebagai MH370.

Mozambique_-_MH370

Beliau jelas berhati-hati dalam membuat pengesahan rasmi berikutan ada beberapa penemuan komponen pesawat termasuk di Filipina dan Thailand sebelum ini yang kemudian terbukti ia bukan daripada pesawat MAB tersebut.

Dalam pada itu menerusi satu kenyataan, sebahagian besar anggota keluarga mangsa di bawah gerakan VOICE370 menyeru agar usaha pencarian antarabangsa kini dijalankan secara menyeluruh di kawasan benua Afrika pula .

“Ini menghendaki usaha pencarian dijalankan di pesisiran pantai Mozambique, Madagascar dan kawasan ke Utara dan Selatan, untuk memastikan semua serpihan dikumpulkan serta diperiksa,” menurut kenyataan tersebut.

“Kami menggesa negara-negara yang ada kelengkapan di timur pantai Afrika, agar menyokong usaha sedemikian. Kami juga meminta sokongan daripada tentera-tentera laut untuk membekalkan kelengkapan pencarian.

“Ini membolehkan usaha pencarian dapat dijalankan dengan lebih dekat dan cukup berkesan di kawasan-kawasan pantai yang berpaya serta mungkin tidak dihuni penduduk,” tambah kenyataan VOICE370 itu lagi.


Ketua pengangkutan Australia pada 3 Mac berkata, lokasi di mana serpihan itu ditemui, iaitu di sebuah pantai di tenggara Mozambique di Afrika, konsisten dengan corak bahagian pesawat MAB iaitu MH370 yang hilang.

“Lokasi serpihan adalah konsisten dengan corak pergerakan ombak di lautan yang dikeluarkan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB),” kata Menteri Prasarana dan Pengangkutan Australia, Darren Chester.

mh370a

Beliau menambah, ia sekali lagi mengesahkan kawasan pencarian MH370 di selatan Lautan Hindi dan pihak berkuasa Mozambique dijangka menghantar serpihan bahagian besi sepanjang 1 meter itu ke Australia.

Para pegawai Australia dan Malaysia akan memeriksa serpihan tersebut yang secara kebetulan ditemui hanya beberapa hari sahaja sebelum ulang tahun kedua kehilangan pesawat MH370 milik MAB pada 8 Mac 2014.

Pihak berkuasa hampir selesai menjalankan usaha pencarian di kawasan pencarian seluas 60,000 kilometer persegi di Lautan Hindi, dan kawasan barat Australia tersebut kemungkinan besar tidak akan diperluaskan lagi.

Bagaimanapun, anggota keluarga penumpang MH370 mahu usaha pencarian diteruskan. Mereka menyatakan bahawa isu hampir kehabisan dana bukanlah alasan yang boleh diterima untuk tidak meneruskan misi tersebut.

Akhir Julai tahun lalu, pihak berkuasa Perancis menemui bahagian sayap MH370 di Pulau Reunion di Lautan Hindi – satu-satunya serpihan pesawat tersebut yang berjaya ditemui sejak ia dilaporkan hilang secara misteri.

Pesawat MH370 hilang daripada imbasan radar dengan membawa 239 orang termasuk anak kapal ketika dalam perjalanan rutin ke Beijing, China dari KLIA, Sepang pada 8 Mac 2014. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori