Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Baju Dayang Nurfaizah Di...

YA, kami masih belum move on daripada bercakap tentang kehangatan Anugerah Juara Lagu ke...

‘Sengaja Tayang Anu Ke...

“KALAU tak sengaja, takkanlah sudah empat kali lelaki sama buat macam itu,” kata...

Anih Berhad Edar Kurma,...

KUANTAN - Syarikat konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Anih Berhad akan mengedarkan 20,000...

Penghantar Surat Didenda RM5,000...

KUALA LUMPUR - Seorang penghantar surat didenda RM5,000 oleh Mahkamah Siber di sini...

Kemuka Borang BE e-Filing Sebelum 15 Mei Ini – LHDN

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melanjutkan tempoh akhir bagi mengemukakan borang nyata cukai pendapatan individu (BE) menerusi e-Filing bagi tahun taksiran 2015 sehingga 15 Mei ini.

Pegawai Perhubungan Awam LHDN Masrun Maslim berkata lanjutan tempoh itu bertujuan menggalakkan pembayar cukai menggunakan sistem itu bagi mengemukakan borang masing-masing.

Bagaimanapun, individu yang ingin mengemukakan borang BE secara manual perlu berbuat demikian selewat-lewatnya pada 30 April ini, katanya.

“LHDN menasihatkan semua pembayar cukai supaya mengemukakan borang nyata cukai pendapatan mereka. Jangan tunggu hingga saat akhir terutama bagi yang mempunyai cukai terlebih bayar.

“Jika mereka isi segera, kita boleh proses segera dan membayar balik mereka. Bagi yang hantar e-Filing, bayaran balik adalah lebih cepat berbanding yang hantar (borang) secara manual. Jadi, buatlah pilihan yang bijak,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Setakat pagi ini, LHDN menerima 685,430 borang BE menerusi e-Filing dengan peningkatan sebanyak 13.07 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, kata Masrun yang menganggarkan kira-kira dua juta individu akan mengemukakan borang BE tahun ini.

Dalam pada itu, beliau berkata pembayar cukai boleh mengemukakan borang BE melalui aplikasi mobile filing (m-Filing) dengan menggunakan telefon pintar atau tablet.


“Tahap keselamatan sistem itu adalah sama seperti e-Filing, kata laluan yang sama, sekuriti yang sama. Ia mendapat sambutan sangat menggalakkan sehingga kini dengan 12,979 borang diterima berbanding 768 dalam tempoh sama tahun lepas.

“Ini mungkin kerana promosi berterusan menerusi media sosial dan semakin ramai pembayar cukai sudah tahu tentang m-Filing kerana ia lebih mudah,” katanya mengenai aplikasi itu, yang diperkenalkan sejak 2012.

e-Filing dan m-Filing merupakan aplikasi percuma yang disediakan LHDN untuk memudahkan pembayar cukai melengkap dan mengemukakan borang nyata cukai pendapatan secara elektronik melalui internet.

Menurut Masrun sehingga kini, LHDN menerima sebanyak 1.02 juta borang daripada semua kategori pembayar cukai termasuk individu, majikan dan syarikat sejak mengemukakan borang nyata cukai pendapatan masing-masing pada 1 Mac. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • LHDN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori