Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Polis Tahan 4 Suspek...

IPOH - Polis menahan empat suspek termasuk dua wanita berhubung penemuan mayat rentung...

VIDEO: Unik..Cara Hasilkan Aiskrim...

Video yang memaparkan cara unik menghasilkan aiskrim di Thailand itu pasti membuatkan rakyat...

Duta China Tersilap Cakap...

PADA Isnin ketika seluruh dunia gempar dengan gerhana bulan penuh yang tiba-tiba muncul...

Tak Pakai Tudung Sebab...

KEBANYAKAN penyanyi seangkatan Amelina kini sudah pun bertudung, antaranya Ziana Zain dan Erra...

Kenyataan Kontroversi Tidak Gugat Sokongan Pengundi Cina

PASIR SALAK – Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata kenyataan kontroversi ‘lempang Cina’ tidak akan menggugat sokongan dan hubungan baik beliau dengan pengundi Cina dalam Parlimen Pasir Salak.

Menurutnya, hubungan baik yang terjalin sejak sekian lama dengan masyarakat Tionghua di kawasannya antara sebab pihak pembangkang dengki dan mencari isu untuk melaga-lagakan mereka.

“Hubungan saya dengan masyarakat Tionghua di sini sangat baik dan sudah pastilah mereka (pembangkang) dengki. Saya telahpun terangkan kepada mereka (pengundi kawasannya).

“Sebenarnya, mereka nak bagi masyarakat Tionghua benci dengan saya ataupun nak beri saya marah dengan masyarakat Tionghua. Kalau boleh mereka mahu saya bergaduh dan mereka dapatlah sokongan (pengundi Cina),” katanya.

Tajuddin ditemui pemberita semasa meraikan sambutan Tahun Baru Cina 2016 anjuran parti komponen Barisan Nasional Pasir Salak di Dewan SJK(C) Wah Keow, yang turut dihadiri Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie bersama lebih 1,000 penduduk sekitar Langkap dan Chui Chak, malam tadi.

Beliau diminta mengulas ucapannya bahawa sokongan pengundi Cina di kawasannya tidak akan terjejas disebabkan laporan kenyataan kontroversi yang diputar-belitkan sebuah portal propembangkang, tahun lepas.

Dalam laporan itu, Tajuddin dikatakan mengeluarkan kenyataan mahu melempang rakyat Cina di negara ini sekiranya terus mengadu masalah kepada pihak luar.

Ia merujuk kepada lawatan Duta Besar China ke Malaysia, Huang Hui Kang melawat Jalan Petaling pada 25 Sept lalu, susulan ancaman bantahan kumpulan ‘Baju Merah’ ke kawasan berkenaan.


Huang didakwa menimbulkan kontroversi dengan mengeluarkan kenyataan bahawa negara China menentang sebarang bentuk ekstremisme dan rasis terhadap kaum tertentu.

Mengulas lanjut Tajuddin berkata, ia merupakan agenda politik pihak media pro-pembangkang bagi melaga-laga dan melemahkan hubungan baik yang terjalin antara beliau dengan masyarakat Tionghua.

“Anda boleh tanya, kalau tidak semua (dalam dewan ini), 80 peratus akan kata saya baik dengan dia orang. Jadi tidak, timbul soal dia orang pandang serong terhadap saya dan sebagainya,” katanya.

Sebagai bukti, katanya, beliau sering mengadakan program turun padang dan tidak lupa memberi khidmat kepada masyarakat Tionghua di kawasannya.

“Tiap-tiap minggu saya pulang ke kawasan dan saya buat program sama ada di sekolah, di tokong dan jemput mereka (pengundi Cina) datang ke rumah dan adakalanya sampai saya datang ke rumah mereka,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori