Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Abang Sado Jadi Wanita...

JIKA anda lihat gambar ini, tentu ada tidak menyangka bahawa ia adalah orang...

Video Terakhir Robin Williams...

Memang ironi..Lakonannya sentiasa menghiburkan peminatnya di serata dunia.Namun, tak siapa menyangka mendiang Robin...

Pelakon Lucah Dedahkan Bercerai...

BEKAS pelakon lucah Thailand, Kesarin Chaichalermpol atau dikenali sebagai Nong Natt sebelum ini...

KKM Selesai Siasat Kes...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan telah menyelesaikan siasatan berhubung kematian menantu timbalan perdana...

Kerajaan Akan Kaji Semula Kadar Kemasukan Beras Import

KUALA LUMPUR – Kadar kemasukan beras import ke dalam negara akan dikaji semula bagi mengelakkan lambakan beras tempatan, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata kebajikan petani tempatan akan tetap diutamakan dan pihaknya akan segera mendapatkan laporan mengenai aduan beras yang tidak terjual di Kedah dan Perlis.

“Saya akan dapatkan laporan perkara ini secepat mungkin dan setuju untuk lihat kembali keperluan import beras pada masa ini.

Kita tidak mahu kemasukan beras import menyebabkan penggunaan beras tempatan berkurangan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Beliau berkata tujuan utama beras import dibawa masuk adalah untuk menampung kekurangan beras tempatan dan bukannya bermaksud menggantikannya.


Semalam, Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia (PPBMM) meminta kerajaan mengkaji semula kadar kemasukan beras import ke negara ini mengikut keperluan semasa.

Menurut persatuan itu, sehingga kini terdapat 36,282 tan metrik beras yang tidak terjual di Kedah dan Perlis, manakala 102,312 tan metrik padi kering juga tidak terjual sejak 1 Jan hingga sekarang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori