Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ibu Bunuh Anak Yang...

KES kematian seorang wanita, Geneva Gomez, 33, yang dipukul dengan kejam dan disumbat...

Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja...

KUALA LUMPUR - Majlis Raja-Raja dijangka mengadakan satu mesyuarat khas di Istana Negara esok.Menurut sumber,...

Musim Umrah Baharu Bermula...

JEDDAH – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan bahawa musim baharu umrah...

Norish Karman Kini Bergelar...

SUDAH lama tidak muncul dalam mana-mana drama televisyen, tup-tup muncul khabar baharu menyatakan...

Kerajaan Diminta Percepat Bina Empangan Di Gudang Empat

TAWAU – Kerajaan persekutuan diminta mempercepatkan pembinaan empangan bernilai RM400 juta di Gudang Empat, Cinta Mata di sini, bagi mengatasi masalah gangguan bekalan air yang sering berlaku di Tawau terutama pada musim kemarau.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, pembinaan empangan itu tidak boleh ditangguh lagi kerana proses menyiapkannya memakan masa antara lima dan enam tahun.

“Kita merayu kerajaan Persekutuan khasnya Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk membina segera empangan ini kerana kita tidak mahu
setiap kali musim kemarau, penduduk mengalami kesengsaraan akibat ketiadaan bekalan air,” katanya kepada pemberita selepas melawat Loji Utara dan mendengar taklimat mengenai isu air oleh Jurutera Air Bahagian Tawau, Bahrin Antonio di sini hari ini.

Tawfiq yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Apas berkata, selain berfungsi sebagai sumber bekalan air, empangan berkenaan apabila disiapkan kelak, berupaya mengatasi masalah banjir di beberapa kawasan di daerah ini.

Katanya, setiap kali berlaku musim kemarau, bekalan air akan terganggu ekoran paras air terlalu rendah malah kadang-kadang tiada air yang boleh dirawat.

Bagi penyelesaian jangka pendek, Tawfiq berkata permohonan dibuat kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) untuk menyambungkan tiga loji rawatan air yang terdapat di Tawau bagi mengimbangi keperluan air penduduk Tawau apabila berlaku kemarau.


Sementara itu, Tawfiq juga meminta penduduk agar sentiasa berjimat cermat dan menggunakan air secara berhemah serta mengelak pembaziran air.

Menurutnya semua masjid di daerah ini juga diminta mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat, 4 Mac ini bagi memohon hujan.

Sempena lawatan itu, Tawfiq turut menyaksikan pengagihan tangki ke beberapa kampung di kawasan DUN Apas bagi mengatasi kesulitan masyarakat akibat kekurangan air.

“Tangki-tangki itu, diletakkan di kawasan yang mudah dikunjungi dan tidak jauh dari rumah penduduk kampung,” kata Tawfiq. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori