Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Shuib Sepahtu Pengsan Akibat...

GARA-GARA terlalu penat bekerja, pelawak terkenal, Shuib Sepahtu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi...

Negara Hilang Permata Dunia...

Oleh Suziela Che MatKUALA LUMPUR -- Negara kehilangan sebutir permata di dunia perfileman...

UiTM Sarawak Beri Sokongan...

Susulan laporan kehilangan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, isteri kepada Sii Chung Huei, ahli...

Kedai Dan Pasar Raya...

TEMERLOH - Kedai, stesen minyak dan pasar raya besar di daerah ini dikatakan...

Kerajaan Tambah Baik Rumah Ibadat Pastikan Keselesaan Rakyat

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan semua kaum dan agama di negara ini akan dapat menunaikan ibadat dengan selesa di rumah ibadat masing-masing.

Beliau yang dalam rangka lawatan kerja ke Sarawak dan turut meluangkan masa melawat beberapa rumah ibadat di Kuching semalam, berkata kerajaan pusat dan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) akan menyalurkan peruntukan untuk pembinaan dan penambahbaikan masjid dan gereja di negeri itu.

“Syukur kepada Allah, dapat bersama penduduk Taman Malihah (di Kuching) menunaikan solat Asar berjemaah di sini semalam, saya lihat, bagi keselesaan beribadat umat Islam di sini, ada keperluan untuk kita bina masjid baru.

“Selain itu, saya turut melawat gereja Anglican Taman Malihah dan di sini juga ada ruang penambahbaikan boleh kita lakukan untuk penduduk beragama Kristian beribadat, kerajaan pusat dan negeri akan memberi peruntukan untuk pembinaan dan penambahbaikan masjid dan gereja di sini,” kata Najib dalam laman Facebooknya hari ini.


Pagi ini, Perdana Menteri dalam lawatan hari kedua ke Sarawak, akan menghadiri majlis pelancaran permulaan kerja pembinaan Lebuhraya Pan Borneo jajaran dari Bulatan Serian ke Simpang Pantu dekat Serian. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori