Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bot Nelayan Asing Seludup...

CHUKAI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuat bot nelayan asing yang...

Lim Dan Isteri Tiba...

GEORGE TOWN - Ketua Menteri Lim Guan Eng dan isterinya Betty Chew tiba...

Kerana Minta Peha Ayam,...

SEMUA tahu, dalam apa-apa urusan berkaitan perkhidmatan, pelanggan menjadi keutamaan kerana urus niaga yang...

Najib Luang Masa Lawat...

PEKAN - Keinginan seorang warga emas yang mengidap penyakit strok di Kampung Telok...

Kerajaan Terus Tingkat Keupayaan Agenda Digital Dalam Masyarakat

KUCHING – Kerajaan akan terus menggiatkan dan memperkenalkan langkah-langkah bagi meningkatkan keupayaan agenda digital dalam kalangan masyarakat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau memberi contoh pelaksanaan Fasa II projek Jalur Lebar Kelajuan Tinggi (HSSB) bagi meningkatkan kelajuan dan kadar penembusan jalur lebar di seluruh negara dengan kerjasama sektor swasta yang melibatkan pelaburan RM1.8 bilion.

Katanya inisiatif itu dijangka menyediakan liputan dan kemudahan tambahan terutamanya di kawasan bandar, yang memberi manfaat kepada 2.8 juta isi rumah di seluruh negara serta peningkatan kelajuan internet kepada 10 mega bit per saat.

Menurutnya kawasan pinggir bandar pula disediakan kelajuan jalur lebar yang lebih tinggi dengan penambahan akses kepada internet antara 4 dan 10 mega bit per saat, yang akan memberi manfaat kepada 2 juta pengguna.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan program Minda (Malaysia Inklusif Negara Digital) di Tebingan Sungai Kuching di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata bagi Sarawak, kerajaan telah dan sedang menjalankan kerja baik pulih rangkaian komunikasi selular serta WiFi Sarawak.

Menurutnya sehingga kini 150 menara komunikasi dan 438 WiFi Komuniti Sarawak giat dilaksanakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dengan kerjasama penyedia perkhidmatan utama iaitu Celcom, Digi, Maxis, Redtone dan Measat.


Menurutnya bagi meningkatkan akses kepada internet untuk Sabah dan juga Sarawak, kerajaan komited melaksanakan pemasangan kabel dasar laut dalam tempoh tiga tahun dengan kos RM850 juta.

Beliau juga berterima kasih kepada Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem yang mengesahkan komitmen beliau terhadap pembangunan Sarawak dengan memperakui beliau (Najib) sudah melawat negeri itu 46 kali setakat ini, jumlah lawatan paling banyak ke Bumi Kenyalang berbanding lima Perdana Menteri sebelum ini.

Katanya beliau senada dengan Adenan dalam tekad bukan sahaja untuk merapatkan jurang digital antara luar bandar dan bandar, tapi juga untuk merapatkan jurang pembangunan di Sarawak.

Najib berkata antara projek penting dalam merealisasikan hasrat ini adalah menerusi pembinaan Lebuhraya Pan Borneo yang disasar bukan sahaja menjana ekonomi Sabah dan Sarawak, tapi juga menjadi pendekatan baru kepada usaha pembangunan kedua-dua negeri ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori