Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Majoriti Bekas Tentera AS...

WASHINGTON - Majoriti tentera Amerika Syarikat (AS) yang dipecat kerana salah laku dalam...

Nikah Lelaki 70 Tahun...

JAVA - Demi cinta, seorang wanita sanggup menikahi lelaki berusia 70 tahun dan...

Rafizi Letak Jawatan SUA...

PETALING JAYA - Hasrat sesetengah pihak dalam PKR mahu Ahli Parlimen Tumpat, Datuk...

Nur Fazura Akui Menangis...

ALAHAi kesiannya, lelaki manalah yang sanggup merobek hati gadis secantik pelakon Nur Fazura...

Kereta Pencuri Terbakar, Lembu Curi Rentung

JERTIH – Cubaan dua lelaki mencuri seekor lembu bukan sahaja gagal kerana kereta mereka terbakar malah lembu terbabit rentung dalam kejadian di Kampung Bukit Kenak, dekat sini, awal pagi tadi.

Perbuatan dua pencuri itu disedari polis yang mengekori kereta Nissan Celfiro dinaiki mereka dari arah Kuala Terengganu ke Jertih, kira-kira jam 4 pagi.

 LEMBU yang rentung selepas kereta pencuri terbakar di Kampung Bukit Kenak, dekat Jertih, awal pagi tadi. - Foto Mohammad Ishak
LEMBU yang rentung selepas kereta pencuri terbakar di Kampung Bukit Kenak, dekat Jertih, awal pagi tadi. – Foto Mohammad Ishak

Menyedari diekori, dua lelaki dalam lingkungan 30-an itu cuba melarikan diri bagaimanapun kereta mereka berasap dan terbakar sebaik tiba di kampung berkenaan.

Suspek memberhentikan kenderaan dan cuba melarikan diri meninggalkan lembu curi yang diletakkan di tempat duduk belakang, namun polis berjaya menahan seorang daripada mereka di lokasi kejadian, manakala seorang lagi meloloskan diri.

Kereta Nissan Cefiro dinaiki dua suspek musnah terbakar, manakala lembu curi itu rentung.


Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan. – BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori