Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Hina Zakir Naik: K...

SEREMBAN - Polis akan memanggil Ahli Majlis Bandaraya Seremban (MBS), K Senthivelu bagi...

36,000 Terlibat Judi Haram...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 36,114 individu terlibat dengan perjudian haram termasuk pemain, penjaga...

KFA Sedih Penaja Tarik...

JITRA - Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berasa sedih apabila mendapat tahu beberapa...

Waspada ‘Perang Psiko’ PPBM...

KUALA LUMPUR - Dakwaan seramai 40 Ahli Parlimen UMNO akan menyertai Parti Pribumi...

Kerjasama Guling Najib Tak Bebas Mahathir Daripada Dosa Lama

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengalu-alukan kerjasama Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi menjatuhkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ia memberi manfaat politik untuk parti itu.

Namun, Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar menegaskan, kerjasama itu bagaimanapun tidak boleh membebaskan Mahathir daripada dosa-dosa masa lampau yang bekas Perdana Menteri itu pernah lakukan.

“Saya merujuk kepada laporan tentang sidang media yang akan diadakan pukul 3.30 petang esok (Jumaat). Pembangkang dan Mahathir sekadar berkongsi cita-cita untuk menjatuhkan Najib.

“Namun dengan syarat Mahathir ikhlas untuk pembaharuan. Tetapi ia tidak membebaskan salah laku kuasa Mahathir masa lampau,” katanya dalam satu mesej ringkas kepada pemberita pada Khamis.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, mana-mana pemimpin Pakatan Harapan yang menyertai sidang media Mahathir pada 4 Mac adalah di bawah kapasati peribadi mereka.


Hari ini beberapa pemimpin pembangkang termasuk Nurul Izzah mengumumkan mereka akan menyertai gerakan Mahathir untuk menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia di luar batas sistem demokrasi.

Bersama-sama Mahathir, mereka bakal menandatangani deklarasi menuntut Najib berundur, namun PAS pada Rabu menegaskan parti itu tidak akan menyertai perjuangan Mahathir yang berkepentingan peribadi itu. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]-onfjUVpRgE[/wpdevart_youtube]

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori