Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Polis Buru Individu Disyaki...

Rapid Rail bekerjasama dengan polis untuk memburu seorang lelaki yang disyaki mengalami masalah...

VIDEO: Reaksi Anak Bila...

Poul Hjortbol, seorang pegawai bomba di Denmark terus berhenti kerja sebaik sahaja memenangi...

“Makin Pupuslah Tapir Dalam...

"MAKIN pupuslah tapir dalam negara ni," demikian antara luahan netizen yang kecewa apabila...

Fama Sasar Jualan RM4.2...

TELUK INTAN - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) menyasarkan jualan RM4.2 juta daripada...

Kes Denggi Minggu Ke-11 Menurun, Tiada Laporan Jangkitan Virus Zika

KUALA LUMPUR – Kes demam denggi di seluruh negara untuk tempoh dari 13 hingga 19 Mac, mencatat penurunan sebanyak 309 kes atau 12.1 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini, berkata sejumlah 2,247 kes demam denggi dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh berkenaan, berbanding 2,556 kes pada minggu sebelumnya.

Beliau, bagaimanapun berkata lima negeri menunjukkan peningkatan kes denggi berbanding minggu sebelumnya, iaitu Perak dengan 16 kes, Sabah (13), Kelantan (5), manakala Perlis dan Kedah masing-masing satu kes.

Jumlah kumulatif kes denggi dari Januari hingga 19 Mac 2016 juga menunjukkan peningkatan sebanyak 6.6 peratus kepada 32,925 kes berbanding 30,890 kes bagi tempoh yang sama pada 2015, katanya.

Dr Noor Hisham berkata hasil pemantauan nyamuk oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan populasi nyamuk masih tinggi terutama di Selangor, dengan indeks ‘ovitrap’ mencatat bacaan 56 peratus berbanding 10 peratus bacaan piawai.

“Oleh demikian, masyarakat perlu menjalankan aktiviti membersihkan kawasan dan melindungi diri daripada gigitan nyamuk dengan menggunakan bahan penghalau nyamuk atau memakai pakaian menutup anggota badan.

“Selain itu, aerosol boleh digunakan untuk membunuh nyamuk dewasa yang berada di dalam rumah,” katanya.

Sementara itu, hasil pemantauan KKM menunjukkan bilangan kematian yang dilaporkan pada minggu ke-11 adalah sebanyak tujuh kematian, melibatkan dua kes, masing-masing di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Johor, dan satu kes di Perak.


“Dari Januari hingga 19 Mac 2016, terdapat peratus penurunan kematian akibat denggi sebanyak 16.3 peratus (16 kematian) menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat denggi adalah sebanyak 82 berbanding 98 kematian bagi tempoh sama pada 2015,” katanya.

Peratusan lokaliti wabak untuk minggu ke-11 juga menunjukkan penurunan sebanyak 11.5 peratus kepada 942 daripada 1,064 lokaliti pada minggu sebelumnya, dengan jumlah lokaliti ‘hotspot’ turut berkurangan kepada 202 berbanding 230 lokaliti pada minggu sebelumnya.

Selangor mencatat lokaliti ‘hotspot’ tertinggi dengan 151 lokaliti diikuti Johor (37), Perak (6), Kuala Lumpur dan Putrajaya (4), Terengganu (2) serta Pulau Pinang dan Negeri Sembilan masing-masing satu lokaliti.

Dalam pada itu, sebanyak 448 sampel diuji oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) sehingga 19 Mac tahun ini bagi mengesan jangkitan Zika di negara ini, namun tiada jangkitan virus berkenaan dikesan.

“Penularan jangkitan Zika dan denggi boleh dicegah sekiranya langkah-langkah pemusnahan tempat pembiakan nyamuk Aedes dilakukan oleh masyarakat. Ini kerana kedua-dua penyakit ini adalah disebabkan oleh vektor yang sama,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori