IPOH – Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 11 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes seorang penganggur yang menghadapi pertuduhan membunuh teman wanitanya, 28 Feb lepas.
Majistret Haslinda A. Raof menetapkan tarikh itu selepas pertuduhan ke atas tertuduh N.Sanderasegaran, 28, dibacakan dalam bahasa Tamil oleh jurubahasa mahkamah.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Sanderasegaran dituduh membunuh S. Durga Devi, 17, antara pukul 11 malam (27 Feb) hingga 6 pagi (28 Feb) di rumah beralamat No. 4, Kampung Batu Besi, Ladang Sengat, Simpang Pulai, di sini.
BERKAITAN:ĆāĆĀ Kes Bunuh Simpang Pulai: Kekasih Mangsa Direman 7 Hari
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Naidatul Athirah Azman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA