Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

2 Maut Taufan Harvey...

HOUSTON - Kediaman dan lebuh raya tenggelam, itulah antara kesan taufan Harvey yang membadai...

Arab Saudi Kaji Permohonan...

MAKKAH – Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Muhammad Saleh bin Taher Benten...

Cubaan Seludup Keluar Minuman...

GEORGE TOWN - Pasukan Polis Marin Wilayah 1 Pulau Pinang berjaya mematahkan cubaan...

Tiada Perubahan Dasar Terhadap...

BEIJING - Tidak akan berlaku sebarang perubahan dasar terhadap China di bawah kerajaan...

Keutamaan Integriti Tidak Kira Siapa – Ismail Sabri

PUTRAJAYA – Soal integriti perlu diberi keutamaan tidak kira sama ada kakitangan bawahan, pegawai kanan, menteri ataupun ketua menteri, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ketika menasihatkan warga kementeriannya agar mengutamakan integriti susulan laporan penyelewengan dana kerajaan di sebuah kementerian, Ismail Sabri berkata isu integriti jika berlaku memberi kesan sangat besar kepada perkhidmatan awam dan kementerian terlibat.

“Jadi jangan ada perkara yang melibatkan integriti berlaku di KKLW,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini, sambil menambah KKLW sedang menunggu tarikh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menandatangani ikrar integriti.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini mengesahkan pegawai kementeriannya disiasat SPRM berhubung isu penyelewengan.

Pada Jumaat lepas, SPRM menahan seorang setiausaha bahagian di kementerian itu selepas disyaki terlibat mendalangi satu sindiket menyeleweng dana kerajaan bernilai RM107 juta.

Ismail Sabri berkata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng juga dilihat terkesan dan ‘menggelabah’ apabila disentuh soal integriti.


“Apa yang Lim perlu lakukan ialah serah pada SPRM dan jawab pada SPRM. Tidak perlu berdebat dan sebagainya.

“Tindakan Lim membawa wartawan melawat kediaman beliau semalam juga tidak menjawab sebarang persoalan yang dibangkitkan,” katanya.

Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya pada persidangan Dewan Rakyat Khamis lepas, meminta Jabatan Penilaian dan Pembangunan Harta (JPPH) membuat penilaian berhubung hartanah berharga RM2.8 juta dibeli Lim, yang juga Anggota Parlimen Bagan di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang, sedangkan nilai semasa rumah tersebut dikatakan lebih RM3 juta.

Shabudin turut meminta SPRM menyiasat dakwaan penjualan beberapa lot tanah di Pulau Pinang, yang dikatakan asalnya diperuntukkan untuk pembinaan Projek Perumahan Rakyat Termiskin. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori