Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Aishah, Man Bai Juri...

KUALA LUMPUR - Juara Gegar Vaganza musim ke-4 yang terus popular dengan lagu...

Doktor AS Berjaya Keluarkan...

TUMOR seberat hampir 60 kilogram (kg) dibuang daripada seorang wanita berusia 38 tahun...

Tak Muncul Di Sebuah...

NAMA Sazwan Zulkifly sememangnya sinonim dengan watak antagonis atau watak 'jahat' yang sering...

Video: Inilah Contoh Bikers...

SEORANG penunggang motosikal di Singapura menerima pujian ramai selepas video yang memaparkan dirinya...

KFA Sekat Anasir Kebencian Di Laman Facebook

KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) kesal dengan tindakan segelintir pengguna media sosial menggunakan laman Facebook rasmi pasukan itu sebagai platform untuk menyemai perasaan benci dan permusuhan dalam kalangan penyokong bola sepak negeri itu.

KFA dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya semalam mengumumkan akan memadam komen dan foto yang menjejaskan keharmonian bola sepak Kedah serta menghalang pemilik akaun Facebook yang melakukan perbuatan sedemikian daripada mengakses laman Facebook KFA.

“Kebelakangan ini komen-komen di media sosial Kedah FA – Persatuan Bolasepak Kedah – banyak terarah kepada unsur negatif dan menjurus kepada menghasut kepada kebencian tanpa memeriksa asal usul berita.

“Begitu juga dengan insiden sensasi sesuatu perlawanan dijadikan modal untuk bertelingkah sesama penyokong. Setiap berita atau maklumat sebagai penyokong yang prihatin, rujuk dahulu sumber dan kesahihan supaya tidak menjadi punca kebencian,” kata KFA semalam.

Meskipun KFA tidak menyebut unsur kebencian yang disebarkan di laman Facebook rasmi skuad hijau kuning, ia dipercayai dilakukan oleh penyokong pembangkang dan pihak yang masih tidak berpuas hati dengan penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir daripada jawatan Menteri Besar Kedah.

Pihak terbabit cuba menghasut rakyat Kedah terutama penyokong bola sepaknya supaya membenci kerajaan Kedah dan Menteri Besar Kedah yang baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah.


Mukhriz terpaksa meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah baru-baru ini selepas Jemaah Pemangku Sultan Kedah mendapati beliau tidak lagi mendapat keyakinan majoriti wakil rakyat negeri itu untuk memegang jawatan tersebut.

KFA dalam pada itu menyeru seluruh penyokong bola sepak Kedah supaya bersatu hati dan memberi fokus kepada misi skuad hijau kuning yang sedang beraksi di pentas Liga Super dan Piala FA.

“Bola sepak menyatukan kita semua dan berada dalam satu panji. Mungkin bagi mereka yang mahu menjadikan ia satu isu medannya bukanlah dalam bola sepak.

“Bola sepak adalah perpaduan dan ingatlah pasukan hijau kuning memerlukan sokongan 100 peratus sokongan anda daripada memberi komen-komen negatif dan mengajak kepada kebencian,” kata KFA. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori