Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Jatuh Dari Tingkat...

SEORANG lelaki mengalami kecederaan parah selepas lif yang dinaikinya dari tingkat lapan terjatuh...

Pakar Bank Sahkan Dokumen...

TERBONGKAR akhirnya dokumen bank yang disiarkan Wall Street Journal kononnya sebagai akaun peribadi...

PRU14: Polis N.Sembilan Buka...

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan membuka dua kertas siasatan membabitkan dua kes sepanjang...

Ibu Sahkan Lindsay Lohan...

KONTROVERSI membabitkan pelakon dan penyanyi Hollywood, Lindsay Lohan yang dikatakan telah memeluk Islam...

Kilang Proton Di Tanjung Malim Tak Cadang Henti Operasi

IPOH – Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengesahkan kilang pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd masih menjalankan operasi seperti biasa dan tidak bercadang untuk menutup operasinya di Tanjung Malim.

“Mereka tidak bercadang menutup kawasan industri mereka, khususnya kawasan Proton Tanjung Malim. Saya perjelaskan ini memandangkan ada laporan yang menyebut Proton tidak akan meneruskan pengeluaran keretanya,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini hari ini.

Sebelum itu, beliau diberi taklimat oleh pihak Proton Tanjung Malim mengenai operasi dan perancangan syarikat berkenaan.

Zambry berkata, Proton akan terus menjadi penyumbang utama kepada pembangunan Daerah Muallim dan diharapkan pihak Proton dapat memainkan peranan sebaik-baiknya.


“Berdasarkan penjelasan dan perancangan yang telah pun mereka lakukan ternyata mereka berada atas landasan yang betul bagi pembangunan masa depan,” katanya.

Selain itu, Zambry berkata pihak Proton telah memastikan segala perancangan yang dirangka dapat diteruskan dan mencapai matlamat menjelang 2020.

“Mereka juga telah memperkenal dan menjelaskan kepada kerajaan negeri mengenai model baharu yang akan berada di pasaran dan pengeluaran di kilang Tanjung Malim,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori