Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Netizen Minta Aliff Syukri...

SEBELUM ini jutawan kosmetik, Dato’ Seri Aliff Syukri mempersoalkan mengapa lagu single duetnya...

Kutipan Kitar Semula Di...

KUALA LUMPUR - Rekod kutipan barangan kitar semula di tujuh negeri meningkat sebanyak...

Kylie Jenner Selamat Lahirkan...

ADIK perempuan bongsu keluarga Kardashian-Jenner, Kylie Jenner, 20, telah selamat melahirkan bayi perempuan pada...

Jalan Kampung Di Kuala...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 500 penduduk di Kampung Sematang Tepi Laut dan Kampung...

Kilang Simpan Barang Lusuh Terbakar Di Senawang

SEREMBAN – Sebuah kilang yang menyimpan barangan lusuh hangus terbakar dalam satu kejadian di Senawang dekat sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Senawang Mohd Faiz Sulaiman berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.16 petang dan tiba di lokasi kejadian empat minit kemudian.

Katanya, sebanyak 18 anggota termasuk dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban dikerah ke lokasi kejadian dan api dapat dikawal sepenuhnya kira-kira 20 minit kemudian.

“Jentera yang terlibat ialah sebuah EMRS (Emergency Medical and Rescue Services), sebuah lori tangki air dan sebuah kenderaan pelbagai guna,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Tiada mangsa dilaporkan cedera manakala punca kejadian masih dalam siasatan, katanya.

“Pada peringkat awal ini, kita mentafsirkan kerugian mencecah lebih RM300,000 kerana selain kilang, turut musnah ialah sebuah kenderaan Mercedes dan beberapa forklift,” katanya.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan di Taman Paroi Jaya dekat sini, tinjauan Bernama mendapati kira-kira 10 batang pokok tumbang akibat angin kencang dan hujan lebat petang tadi.


Saksi kejadian A. Jeevanantham, 54, ketika ditemui berkata kejadian yang berlaku pada pukul 5.30 petang itu menyaksikan empat buah kenderaan mengalami kerosakan akibat dihempap pokok.

“Pada ketika itu saya di kawasan berhampiran tempat letak kereta di Seremban International Golf Club dan ketika itu hujan sangat lebat dan angin kencang menyebabkan dahan pokok jatuh.

“Saya masuk semula ke dalam bangunan kelab golf itu untuk mengambil telefon namun sebaik sahaja keluar saya lihat banyak pokok di dalam dan luar kawasan kelab golf ini tumbang. Dalam kelab ini sahaja empat buah kereta mengalami kerosakan teruk,” katanya yang juga setiausaha kelab tersebut.

Jeevanatham berkata kesemua pemilik kenderaan yang rosak itu selamat kerana berada di dalam bangunan kelab ketika kejadian berlaku. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori