Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Aishah Ilias Nafi Bercinta...

Walaupun sudah lama bertapak dalam bidang hiburan namun nama pelakon Aishah Ilias masih...

Empat Suspek KFR Ditembak...

LAHAD DATU – Pasukan khas ESSCOMM dengan kerjasama Unit 69 Komando dan Pasukan...

Musa Saran RCI Memali...

ORANG yang selama ini ditohmah terlibat beri arahan hingga terjadinya tragedi berdarah Memali,...

PABM Pentas Ketengah Tradisi,...

PUTRAJAYA - Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) bukan sahaja mampu menarik minat...

Kisah Makcik Paruvathy, Pekerja Sunway Lagoon Yang Jujur

APA yang anda akan lakukan jika terjumpa sejumlah wang depan mata? Bukan setakat seringgit dua tetapi nilainya hampir 10 ribu ringgit, macam-macam boleh dilakukan dengan wang sebanyak itu bukan?

Capture

Kejadian yang dikongsikan di Facebook Sunway Theme Parks Community ini menjadi topik hangat, di mana seorang wanita berbangsa India yang merupakan pekerja di taman tema air Sunway Lagoon menjumpai dompet berisi wang.

Pekerja yang dikenali sebagai Paruvathy, mendapati di dalamnya terdapat sejumlah wang iaitu RM1,850 dan Riyal 7,244 selain tiga pasport lantas bergegas menyerahkannya kepada pihak pengurusan untuk dipulangkan kepada pemiliknya.

Dompet berkenaan kemungkinan besar milik pelancong dari negara Arab yang datang berkunjung ke situ.

Capture1


Capture2

Rata-rata netizen memuji sikap makcik Paruvathy dan pujian memang harus diberikan atas sikap jujurnya yang sedikit pun tidak terlintas mahu mengambil wang dari dompet tersebut.

Disebabkan tersentuh dengan kejujurannya ramai menggesa agar majikan Parvathy memberikan sesuatu sebagai penghargaan dan ada juga yang berhasrat mahu memberikannya wang sendiri sebagai hadiah. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori