KUALA LUMPUR – Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur memaklumkan menerima panggilan daripada polis susulan panggilan bom di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) di sini sebentar tadi.
Komander Operasi, PBT Fuad Omar berkata, pihaknya menerima panggilan itu pada jam 7.11 petang dan bergegas ke tempat kejadian.
Menurutnya, seramai 26 anggota pelbagai pangkat dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) KLCC dan BBP Hang Tuah tiba kira-kira jam 7.29 petang bersama jentera FRT-3, W.TANKER-1,TTL-1.
“Kami terima panggilan dari polis yang mohon bantuan ada panggilan bom di kawasan parking basement.
“Anggota telah diarahkan ke lokasi untuk bantuan polis,” katanya dalam satu kenyataan.