Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Jangan Tengok ‘Headline’ Saja,...

KUALA LUMPUR - Tajuk berita atau 'news headline' sepatutnya berpaksi kepada inti pati...

Saudi Naik Had Laju...

RIYADH - Pihak berkuasa Arab Saudi mula menaikkan kadar had kelajuan maksimum semua...

Gangguan Bekalan Air Sementara...

KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di Hulu Selangor mengalami gangguan bekalan air sementara...

Program B’Frenz Sasar Produk...

645 RIBU usahawan tempatan yang selama ini bergantung pada keadah pemasaran percuma di...

Kolam Kering Lelong Ikan

Alor Gajah – Seorang penternak ikan air tawar dari Kampung Lubok Redan, Masjid Tanah, bercadang melelong ikan keli, tilapia dan haruan yang diternaknya berikutan khuatir dua kolam miliknya akan kering dalam masa terdekat akibat kemarau.

Johari Ghani, 64, mengambil keputusan melelong ikan air tawar berikutan kemarau sejak sebulan lalu menyebabkan dua kolam miliknya yang masing-masing berkeluasan 12.1×9.1 meter (kira-kira 40×30 kaki) semakin kering.

Katanya, sejak mengusahakan penternakan ikan air tawar empat tahun lalu, kemarau kali ini dianggap paling teruk menyebabkan paras air dalam kedua-dua kolam itu semakin menyusut.

“Kemarau sekarang ini adalah kehendak Allah, tetapi sebelum ikan yang diternak mati, lebih baik saya lelong untuk dapat sedikit hasil.

“Sekiranya hujan dalam masa terdekat, saya membatalkan hasrat melelong ikan ini, namun jika sebaliknya saya akan teruskan perancangan itu minggu ini kerana risau ternakan mati,” katanya.


Penternak itu berkata, dia bercadang melelong ikan keli dan tilapia pada harga RM3 satu kilogram (kg), namun belum menetapkan harga lelongan bagi ikan haruan, tetapi harganya dijamin lebih murah daripada biasa.

Menurutnya, dia tidak terlalu mengejar untung kerana sebelum ini dia menjual ternakan berkenaan pada harga yang berpatutan iaitu RM5 satu kg bagi ikan keli dan tilapia manakala haruan pula RM25 satu kg. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori