Kuala Lumpur – Konsert Search 35 Tahun yang bakal diadakan di Stadium Merdeka, di sini, pada 9 April ini terpaksa ditunda ke tarikh lain atas faktor keselamatan.
Jurucakap penganjur, Afjets Sdn Bhd (Afjets) dalam kenyataannya berkata, pihaknya bersama kumpulan Search sepakat untuk menunda tarikh konsert itu selepas mengambil kira faktor keselamatan penonton berikutan beberapa projek pembinaan yang ketika ini dijalankan di sekitar Stadium Merdeka.
BERKAITAN: Search 35 Tahun Bakal Gegar Stadium Merdeka
Menurut penganjur, pihaknya akan mengumumkan tarikh baru konsert itu dalam masa terdekat.
“Penonton yang sudah membeli tiket masih boleh menggunakannya dan kita juga akan menyediakan hadiah istimewa buat peminat yang sudah membeli tiket.
“Kami memohon maaf atas segala kesulitan ini dan kami bersama Search berjanji untuk berikan yang terbaik dalam konsert sempena ulang tahun Search ke-35 tahun ini,” katanya. – myMetro Online