Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Rozita Che Wan Sarat...

TERSERLAH seri di wajah pelakon cantik, Rozita Che Wan yang kini sedang sarat...

Pas Mahu Pakar Islam...

KUALA LUMPUR – Dewan Ulama Pas Pusat (DUPP) mencadangkan agar pakar kewangan dan...

Hukuman Penjara Najib Razak...

KUALA LUMPUR: Hukuman penjara 12 tahun bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak...

Saya Tak Akan Berundur,...

KUALA LUMPUR : Tan Sri Azam Baki menegaskan hari ini beliau tidak akan...

Koperal Polis Maut Kemalangan Ketika Ke Tempat Kerja

KUANTAN – Seorang koperal polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori di persimpangan lampu isyarat Jalan Tanjung Lumpur dekat Kampung Pak Mahat di sini awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata dalam kejadian pada 6.35 pagi itu mangsa Zahrulzaidi Zahudin, 32, yang bertugas di Cawangan Tugas Am Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan sedang dalam perjalanan ke tempat kerja meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala.

“Sebelum itu, mangsa berhenti di lampu isyarat sebelum meneruskan perjalanan sebaik saja lampu isyarat (bertukar) hijau.

“Semasa mangsa dan lori itu bergerak menghala ke bandar ini, motosikalnya dipercayai bergesel dengan tayar kiri belakang lori tersebut sebelum mangsa terjatuh di atas jalan sehingga digilis kenderaan berat itu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.


Beliau berkata mayat Zahrulzaidi yang berasal dari Peramu, Pekan itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk bedah siasat.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata pemandu lori itu membuat laporan di Balai Polis Trafik Kuantan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori