Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Pensyarah USM Hadapi 9...

BUTTERWORTH - Seorang pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

PRK Sg. Besar: Kempen...

SUNGAI BESAR - 'Boneka DAP'. Itu mungkin tanggapan umum kepada calon Parti Amanah...

35 Maut Serangan Udara...

BEIRUT - Serangan udara di kubu kuat kumpulan jihad di Raqa, utara Syria...

PI1M Sabah Perlu Dioptimumkan...

KOTA KINABALU - Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) perlu dioptimumkan bagi membolehkan masyarakat, khususnya...

Ku Li Tandatangani Deklarasi Kelantan Sokong PM

ADA juga yang mungkin tertanya-tanya pendirian sebenar Tengku Razaleigh Hamzah dalam konteks politik semasa ekoran langkah Tun Dr. Mahathir Mohamad mempelopori Deklarasi Rakyat dengan puak pembangkang.

Malah nama bekas Menteri Kewangan dan veteran UMNO itu turut diumumkan oleh pengacara ketika majlis tandatangan deklarasi tersebut baru-baru ini sekalipun beliau sebenarnya langsung tidak pun hadir ke situ.

Justeru, Ahli Parlimen BN Gua Musang itu yang ditemui wartawan kemudian pernah ada memberikan komen tegas bahawa beliau tidak terlibat bahkan tidak mahu dirinya turut diheret sama dalam isu deklarasi berkenaan.

Untuk rekod, beliau yang juga mesra disebut sebagai Ku Li pernah mencabar Mahathir untuk merebut jawatan Presiden UMNO pada 1987 hingga membawa kepada pengharaman parti tonggak BN itu setahun kemudiannya.

Anggota Parlimen paling lama berkhidmat di Malaysia itu dianggap seteru kuat politik Mahathir yang pernah menubuhkan Semangat 46 sebelum parti serpihan tersebut dibubar pada 1996 dan menyertai UMNO semula.

umno_kelantan

Pada Khamis, pendirian rasmi Tengku Razaleigh seolah-olah terjawab, apabila beliau turut sama menandatangani Deklarasi Kelantan yang menyatakan sokongan penuh kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Beliau bersama-sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamad, serta Tan Sri Annuar Musa dan pimpinan UMNO negeri itu kemudian menyerahkan deklarasi berkenaan kepada Najib.

Dalam pertemuan yang dianggap sebagai cukup simbolik di bangunan Parlimen itu, mereka turut membincangkan pelbagai isu semasa rakyat Kelantan untuk dibawa pertimbangan Presiden UMNO yang juga Menteri Kewangan.

Juga diutarakan soal permohonan untuk pembesaran lapangan terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa, projek lebuh raya Gua Musang ke Kota Bharu serta Stadium Sultan Mohamad IV. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori