Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Keluarga Pemilik Kelab Komedi...

KUALA LUMPUR : Polis menerima laporan yang mendakwa keluarga pemilik kelab komedi menerima...

KKM Bersedia Jika Kerajaan...

KUALA NERUS: Kementerian Kesihatan sudah bersedia sekiranya kerajaan mengisytiharkan darurat jika keadaan gelombang...

Rakyat Selangor Ditadbir Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Selangor kini boleh diibaratkan sebuah negeri yang ditadbir oleh sebuah...

Malaysia Autoshow 2018 Pamer...

SERDANG – Malaysia Autoshow 2018 kembali dengan menawarkan pelbagai pengalaman dan tarikan unik...

Kutipan Zakat Harta Melaka Meningkat Kepada RM13.96 Juta

MELAKA – Melaka mencatatkan peningkatan kutipan zakat harta 5.6 peratus dengan jumlah keseluruhan RM13.96 juta dalam tempoh Januari hingga semalam berbanding RM13.22 juta dalam tempoh sama tahun lepas.

Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron berkata daripada jumlah itu zakat pendapatan mancatatkan kutipan tertinggi dengan RM6.3 juta diikuti wang simpanan (RM4.4 juta), perniagaan (RM2.8 juta), saham (RM273,073.40), emas perak (RM165,128.93), pertanian (RM25,973.25) dan ternakan (RM11,200).

Beliau berkata bilangan pembayar zakat di negeri itu dalam tempoh sama tahun ini juga mencatatkan peningkatan seramai 27,991 orang berbanding 25,047 orang pada tahun lepas.

“Kita lihat kesedaran masyarakat Islam untuk menunaikan rukun Islam keempat semakin meningkat dan ia adalah petunjuk positif,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan di Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob.

Pada majlis tersebut, tujuh agensi terdiri daripada Lembaga Tabung Haji, Telekom Malaysia Berhad, DMDI Finance House Berhad, Pembangunan Pertanian Melaka Sdn Bhd, Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka.


Fazil Shafie Associates Sdn Bhd, Putra Specialist Hospital (Melaka) Sdn Bhd, Kumpulan Melaka Berhad dan Perbadanan Melaka Holdings Sdn Bhd menyerahkan zakat perniagaan keseluruhan kira-kira RM2.3 juta.

Zakat perniagaan itu diserahkan kepada Zakat Melaka melalui Khalil.

Mengulas lanjut, Idris berkata zakat saham pada tahun ini menunjukkan penurunan kira-kira 67.9 peratus dan zakat ternakan juga turut menunjukkan penurunan sebanyak 36.7 peratus. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Zakat

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori