Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

SC Sudah Muktamadkan Siasatan,...

KUALA LUMPUR: Siasatan dijalankan Suruhanjaya Sekuriti (SC) terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

YADIM Cari 25 Bakat...

KUALA LUMPUR - Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mencari 25 bakat baharu untuk...

Media Buat Silap, Adik...

JIKA semalam, RTM membuat kesilapan mengeluarkan perkataan yang membawa maksud berbeza dengan apa...

Imigresen Tidak Iktiraf Skuad...

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen menyambut baik sebarang maklumat berkaitan pendatang asing tanpa...

Lagi Tragedi Hiking, 2 Lelaki Maut Di Gunung Datuk

DUA lelaki dilaporkan meninggal dunia selepas mendaki Gunung Datuk yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan semalam.

Kes pertama melibatkan seorang lelaki berusia 54 tahun yang dikenali sebagai Chung Kwok Kwong yang dipercayai meninggal akibat serangan jantung.

Mangsa memulakan pendakian bersama 17 rakan pada jam 9 pagi dan disahkan meninggal dunia pada pukul 1.05 tengah hari kira-kira 200 meter sebelum sampai di kaki bukit.

Sementara itu, kes kedua melibatkan seorang pendaki, Hannan Kamarzaman, 26, yang meninggal dunia pada kira-kira jam 5 petang selepas menuruni puncak gunung.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Timbalan Superintendan, Ibrahim Sharif, mangsa dikatakan memberitahu rakannya dia mahu berehat sebentar ketika menuruni puncak gunung.

Namun selepas 30 minit, rakannya cuba mengejutnya tetapi Hannan tidak sedarkan diri pada ketika itu.

“Rakannya cuba memeriksa nadi, tapi dia sudah tidak bernyawa lagi. Rakan-rakannya kemudiannya menghubungi pihak polis dan hospital berdekatan bagi mendapatkan bantuan.

“Kakitangan perubatan Hospital Tampin kemudiannya mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.


Polis mengklasifikasikan kes ini ini sebagai kematian mengejut.

Dalam artikel terdahulu hari ini, Mynewshub telah pun melaporkan kejadian maut di Gunung Berembun, Cameron Highlands yang turut berlaku semalam.

Maut Selepas Sesak Nafas Di Puncak Gunung Berembun

Saiful Anuar Ahmad Raffee, 41, dilaporkan meninggal dunia selepas mengadu sesak nafas ketika berada di puncak gunung terbabit kira-kira jam 3 petang.

Mungkinkah cuaca panas melampau sekarang membuatkan aktiviti luar seperti ini harus ditinggalkan terlebih dahulu buat seketika? Apa-apa pun, pastikan kesihatan anda diutamakan melebihi hobi. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori