BRUSSELS – Lapangan terbang Brussels kekal ditutup sekurang-kurangnya sehingga Sabtu ini susulan serangan bom berani mati militan Kumpulan Negara Islam (IS).
“Lapangan terbang kini ditutup kepada penumpang termasuk Jumaat ini,” kata jurucakap lapangan terbang, Anke Fransen.
“Kami tidak dapat memberitahu masa yang tepat sekiranya penerbangan dibuka semula kepada penumpang Sabtu ini,” katanya.
Jurucakap itu bagaimanapun berkata, operasi penerbangan kargo dan pesawat persendirian bakal dibuka dalam masa terdekat hari ini. – AFP/BH ONLINE