Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Harga Revolusi Jasmin &...

SELEPAS dua hari Aleppo diserang jet pejuang Rusia dan disusuli serangan tembakan meriam darat...

Pendaki Cedera Parah Mendaki...

MIRI – Seorang pendaki wanita berasal dari Sabah cedera parah setelah terjatuh semasa...

Tabung Haji Tanggung Kos...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) akan menanggung kos bayaran visa 300...

Tiga Projek PR1MA Dilancar...

ROMPIN - Kerajaan Pahang akan melancarkan tiga projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dengan...

Lelaki Maut Di Gunung Berembun Mendaki Bersama Keluarga

IPOH – Seorang lelaki maut di puncak Gunung Berembun, Cameron Highlands, dekat sini semalam selepas mengalami sesak nafas sebelum tidak sedarkan diri, kata Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Zainalabidin Othman.

Beliau berkata lelaki itu, Saiful Anuar Ahmad Rafie, 41, memulakan pendakian ke puncak gunung setinggi 1,840 meter itu pada pukul 10.45 pagi bersama-sama anggota keluarganya iaitu anak perempuannya berumur 12 tahun dan empat wanita berusia antara 23 hingga 34 tahun.

“Kumpulan itu memulakan ekspedisi pendakian itu melalui Sungai Pauh, di Tanah Rata dan sampai di puncak gunung berkenaan pada kira-kira 2.20 petang,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Terdahulu: Maut Selepas Sesak Nafas Di Puncak Gunung Berembun

Katanya anak perempuan lelaki itu telah menghubungi ibunya yang berada di kaki gunung apabila bapanya mengalami sesak nafas dan wanita itu menghubungi talian 999 untuk mendapatkan bantuan.

“Mayat lelaki itu berjaya dibawa turun pada pukul 8 malam dan dibawa ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom di Tanah Rata. Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung,” katanya.

Zainalabidin menasihatkan mereka yang mahu mendaki gunung itu supaya memaklumkan kepada balai polis berhampiran bagi memudahkan bantuan diberikan jika berlaku perkara tidak diingini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands Muhammad Haziq Hazmi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 3.16 petang sebelum tiba di lokasi kejadian kira-kira 6 petang.


“Semasa tiba di lokasi, rawatan awal telah diberikan kepada lelaki itu namun tiada tindak balas.

“Operasi membawa turun mangsa dari puncak gunung mengambil masa kerana mengalami kesukaran ekoran laluan yang sempit, licin dan curam,” katanya.

Menurutnya sebanyak lapan anggota bomba terlibat dalam operasi menyelamat itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori