Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

SPRM Johor Tahan 100...

JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan 100 individu daripada...

Wanita Tempatan Maut Terjun...

SEORANG wanita tempatan berusia 24 tahun maut selepas dilaporkan terjun dari tingkat 36...

Astro Terus Siarkan Telefilem...

SEPERTI yang kita semua ketahui, waris Allahyarham AR Tompel telah menghantar notis tuntutan...

Adira Akui Tolak Lelaki...

PENYANYI yang sinonim dengan jolokan 'Snow White Malaysia', Adira mengakui dia masih menyimpin...

4 Lelaki Mongolia Gagal Rompak Kedai Senjata

BANGKOK – Polis Thailand berjaya menggagalkan cubaan empat lelaki warga Mongolia yang cuba merompak sebuah kedai penjualan senjata api di sini semalam.

Kejadian di kawasan Burapha itu menyebabkan semua suspek cedera ditembak polis sebelum seorang daripada mereka meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Jurucakap polis, Jakthip Chaijinda berkata, empat penjenayah berkenaan merompak kedai senjata api itu pada jam 11 pagi (waktu tempatan) tetapi disedari dua anggota polis yang kebetulan membuat rondaan di kawasan itu.

“Penjenayah berkenaan cuba berbalas tembakan dengan anggota polis terbabit menyebabkan semua suspek cedera ditembak.

“Tiga suspek ditahan di dalam kedai jual senjata api berkenaan manakala seorang lagi didapati berjaya melarikan diri.

“Bagaimanapun, suspek yang melarikan diri itu berjaya ditangkap sejam kemudian selepas polis mengepung kawasan berkenaan,” katanya.


Menurutnya, seorang suspek yang cedera meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan di hospital.

“Kami kini mengesan seorang lagi lelaki warga Mongolia yang dipercayai ketua kumpulan berkenaan.

“Kumpulan ini mahu merompak senjata api di kedai itu, tetapi kami masih belum mengetahui tujuan mereka mendapatkan senjata berkenaan,” jelasnya. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori