Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Budak Merana Parut Kekal...

GARA-GARA inai henna, kanak kanak perempuan dari United Kingdom terpaksa menahan sakit kerana...

Menteri Nafi Gelar Jurugambar...

KUALA LUMPUR - Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohamaddin Ketapi mengakui beliau meminta...

NCWO Minta Pihak Pengusaha...

KUALA LUMPUR - Exco Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) Datuk Faridah Khalid...

Kilang Pemprosesan Bebola Ikan...

ALOR SETAR - Sebuah kilang pemprosesan bebola ikan di Jalan Gangsa, Mergong di...

Lelaki Thailand Didakwa Edar 88kg Kanabis Dihadap Di Mahkamah

KANGAR – Seorang lelaki warga Thailand yang ditahan oleh Kastam Padang Besar bersama 88 kilogram kanabis pada 7 Mac lepas, didakwa di Mahkamah Kangar hari ini atas tuduhan mengedar dadah.

Hares Waeda-Oh, 37, didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah kepadanya di hadapan Majistret Mohd Izmi Ibrahim. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mohd Izmi menetapkan 2 Jun depan untuk sebutan semula kes itu sementara menunggu keputusan laporan kimia dan proses melantik peguam tertuduh.


Mengikut kertas pertuduhan, Hares didakwa melakukan kesalahan itu di Unit Pemeriksaan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Padang Besar, jam 9.30 pagi pada tarikh berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Parma Chandraverah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori