Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Ekspedisi Tawan Kutub Selatan...

TERKINI DARI KUTUB SELATAN.... Penjelajah Negara, Shahrom Abdullah, sudah berski sejauh 142 kilometer dalam...

Tak Boleh Kurangkan Pengambilan...

IPOH - Kementerian Kesihatan tidak boleh sesuka hati mengurangkan bilangan doktor dan anggota...

Wanita Maut Kereta Masuk...

KOTA TINGGI - Seorang wanita maut selepas Proton Wira dipandunya bertembung dengan Proton...

Pekerja Kilang Maut Kereta...

KUALA PILAH - Seorang pekerja kilang maut setelah kereta yang dipandunya bertembung dengan...

Lelaki Warga Pakistan Bebas Tuduhan Lakukan Seks Luar Tabii

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Pakistan mengesat airmata gembira menyambut keputusan Mahkamah Sesyen di sini, melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dengan seorang wanita, tahun lepas.

Hakim Datin M. Kunasundary membebaskan Mohammad Yasin Lone, 33, seorang tukang jahit, tanpa memanggilnya membela diri terhadap pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya, Kunasundary berkata mahkamah mendapati keterangan wanita yang berusia 40 tahun itu dilihat tidak kredibel dan tidak boleh dipercayai.

“Mahkamah berpendapat laporan perubatan yang dikemukakan oleh doktor pakar dilihat tidak menyokong keterangan bahawa berlakunya kemasukan zakar ke dalam dubur mangsa.

“Mahkamah juga mendapati bukti dan laporan daripada pegawai penyiasat adalah tidak mencukupi sehingga wujud kelompongan dan siasatan dilihat dibuat sambil lewa,” katanya.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan sembilan saksi pendakwaan selama empat hari perbicaraan.


Mohammad Yasin didakwa melakukan persetubuhan luar tabii terhadap wanita itu di sebuah pusat karaoke, di Pertama Kompleks di sini pada pukul 8 malam, 16 Okt tahun lepas mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang menetap lebih dua tahun di negara ini, diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali dan Sharen Rosli, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Jazilah Mohd Yushaa.

Noor Jazilah memberitahu media bahawa pihaknya akan menfailkan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Tinggi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori