Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Bantah Haramkan Pakai Burkini...

PARIS - Sebuah kumpulan hak asasi akan memfailkan bantahan di sebuah mahkamah Perancis...

Betul, Rakyat Berhak Hentam...

KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta tidak menyalahgunakan kuasa menutup mulut rakyat yang menghentam...

Budak 5 Tahun Koyak...

IA adalah mimpi ngeri baru seorang bapa, Gao, apabila anak lelakinya yang berusia...

KKM Nafi Kluster Sabah...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menafikan penularan berita palsu...

Lepas Pecah Tembikai Raja Bomoh Nak Usir Hantu Di Banglo LGE

LELAKI yang menggelar dirinya Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin nampaknya tidak peduli kritikan yang diterima daripada upacara pecah tembikai bagi memohon cuaca panas dikurangkan, baru-baru ini.

Selepas cuaca panas, Ibrahim kini ‘enterframe’ pula dalam isu terbaharu melibatkan politik Malaysia iaitu banglo Lim Guan Eng di Pulau Pinang yang sedang hangat diperkatakan kerana dibeli dengan harga jauh lebih murah daripada harga semasa.

BACA: Ritual ‘Raja Bomoh’ Bodoh, Membazir Tembikai – Dr Maza

Tertarik apabila dimaklumkan anak muridnya tentang cerita banglo tersebut yang dikatakan antara alasan dijual murah kerana ‘berhantu’ maka Ibrahim berminat untuk ke sana bagi mengusir entiti dimaksudkan.

Raja bomoh sakti

Ibrahim dilaporkan memberitahu portal Suara TV, dia akan mengadakan satu upacara khas bersama anak-anak muridnya bagi menghalau makhluk halus di depan banglo milik Ketua Menteri Pulau Pinang itu dalam masa terdekat.

Banglo berkenaan, mencetus kontroversi apabila Lim didedahkan membelinya pada harga cuma RM2.8 juta meskipun harga pasaran mencecah lebih RM6 juta.


Susulan perhatian masyarakat terhadap isu berkenaan Ahli Parlimen DAP Teresa Kok turut memberi komen peribadinya bagi membela Lim, antaranya mendakwa banglo itu mempunyai ‘feng sui’ tidak baik selain ianya dijual pada harga ‘kawan-kawan’ kerana hubungan rapat antara pemilik asalnya dengan Lim. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Rem Ramzi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori