Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Microsoft Dilaporkan Akan Menggugurkan...

Sejak pengambilalihan Nokia, Microsoft nampaknya menghadapi krisis identiti di dalam penjenamaan produknya.Namun desas...

Ketepi Perbezaan, Memanifestasikan Solidariti

PUTRAJAYA ā€“ Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru rakyat...

Sarawak Ambil 4 Langkah...

KUCHING - Kerajaan Negeri akan mengambil empat langkah utama untuk mengawal pengimportan dan...

Pelamin Bergerak Yang Sempoi...

KELAINANƃā€šĆ‚Ā di majlis perkahwinan merupakan antaraƃā€šĆ‚Ā perkara yang sentiasa diimpikan setiap pasangan pengantin.Maka, pelbagai cara...

LGE Patut Minta SPRM Siasat Bukan Cabar Buat Debat

GEORGE TOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang tidak sepatutnya mencabar Datuk Shabuddin Yahaya bersemuka di Komtar pada Ahad ini bagi membuktikan apa diucapkan Ahli Parlimen Tasek Gelugor di Parlimen pada Khamis.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, setelah tujuh tahun menjadi Ketua Menteri, Lim Guan Eng sepatutnya sudah lama ‘menggugurkan’ budaya politik jalanan samseng.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Bagan itu pada Jumaat yang membuat cabaran dan mendakwa konon pembelian banglo ‘murah’ daripada ahli perniagaan dibuat secara sah, bebas dan rela hati pada harga dipersetujui.

Setiausaha Agung DAP itu berdalih, transaksi dilakukan oleh kedua-dua pihak; ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‹Å“willing buyer willing sellerƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā€žĀ¢ tanpa sebarang paksaan atau tekanan sehingga mampu memperoleh harga jauh lebih rendah daripada pasaran semasa.

pindahmilik

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œOleh itu, saya gesa pihak berwajib buat siasatan teliti ke atas laporan yang dibuat dan ambil tindakan selanjutnya jika didapati ada bukti salah laku atau penyalahgunaan kuasa dalam pembelian banglo oleh Guan Eng,ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‚Ā katanya.

Zainal Abidin berkata, pembelian banglo di kawasan elit Jalan Pinhorn di sini oleh Guan Eng daripada seseorang yang jauh lebih murah memang perlu disiasat segera Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis.

Ia susulan sejumlah laporan polis dan SPRM telah dibuat oleh beberapa individu dan NGO pada Jumaat, malah kata beliau lagi, sejak 2009 memang sudah ada laporan kepada SPRM dibuat berhubung isu banglo ‘murah’ ini.

Shabuddin dalam ucapan di Parlimen bertanyakan hubung kait penjual banglo itu kepada Guan Eng menerusi tender tanah kerajaan negeri di Jalan Zainal Abidin kepada satu syarikat swasta untuk bina hotel mewah dan hospital pada 2012.


bungalowguaneng

Dalam pada itu kata Zainal Abidin, rakyat Pulau Pinang seharusnya berasa bangga dan gembira setelah tujuh tahun menjadi Ketua Menteri, Guan Eng dapat membeli sebuah banglo pada harga amat ‘istimewa’ di negeri itu.

Kata beliau, adalah tidak wajar seorang Ketua Menteri yang dianggap idola itu terus menjadi seorang penyewa rumah sahaja dan tiada memiliki sebarang kediaman sendiri di George Town yang amat mahal kos hartanahnya.

“Saya turut gesa Kerajaan Pulau Pinang mempertingkatkan usaha untuk menyediakan lebih banyak kediaman yang mampu dimiliki rakyat Pulau Pinang yang belum memiliki rumah sendiri.

“Rumah murah tanpa ada kolam renang pun tidak apa,ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‚Ā sindirnya merujuk banglo murah Guan Eng yang didakwa pemimpin DAP itu berharga amat rendah kerana ia tiada kolam renang. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: Transaksi Jual, Beli Banglo Konon Secara Rela Hati

Juga: NGO Buat Laporan SPRM Isu Rumah ‘Murah’ LGE

Lagi: DAP Malu Besar Skandal Hartanah LGE Didedah Di Parlimen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori