Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Punca Tarif Elektrik Tidak...

“SEBELUM ini tarif elektrik naik kerana kenaikan harga minyak dunia. Sekarang harga minyak...

Terengganu Sasar Raih Tajaan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Negeri Terengganu menyasarkan mampu meraih penajaan sehingga RM50 juta...

SPRM Beri Tempoh Seminggu...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh seminggu kepada semua...

Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Dijangka...

KUALA LUMPUR - Ekonomi Malaysia dijangka berkembang kukuh sebanyak 4.7 peratus tahun ini...

LHDN Jangka Kutip RM118.5b Hasil Cukai Tahun Ini

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menjangka sejumlah RM118.5 bilion akan dapat dikutip daripada hasil cukai langsung bagi 2016, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong.

Beliau yang menjawab soalan Dr Ko Chung Sen (DAP-Kampar) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini berkata jumlah itu selaras dengan Pengubahsuaian Bajet 2016 berbanding sasaran kutipan asal pada RM125.6 bilion.

Katanya kutipan cukai langsung yang merangkumi cukai pendapatan individu, syarikat, koperasi, cukai pendapatan petroleum huluan, duti setem dan cukai keuntungan harga tanah oleh LHDN bagi 2015 berjumlah kira-kira RM111.8 bilion.

Chua berkata dari segi jumlah denda atau penalti yang dikenakan LHDN daripada aktiviti audit cukai bagi tempoh lima tahun lepas iaitu 2011 hingga 2015 berjumlah RM4.4 bilion iaitu 0.8 peratus daripada jumlah kutipan hasil cukai langsung bagi tempoh berkenaan.

“Sementara bagi jumlah denda atau penalti daripada aktiviti penyiasatan pula, jumlahnya adalah RM0.8 bilion atau 0.1 peratus daripada jumlah kutipan hasil cukai langsung bagi tempoh sama,” katanya.

Dr Ko meminta penjelasan jumlah cukai langsung yang dikutip pada 2015 dan jangkaan kutipan bagi 2016, dan jumlah denda yang dipungut daripada audit cukai dan penyiasatan bagi tempoh lima tahun lepas.

Dalam pada itu, Chua berkata seramai 173,000 orang rakyat tempatan telah disekat daripada keluar negara akibat tidak membayar cukai hingga 31 Dis 2014 dengan jumlah keseluruhan nilai cukai ialah RM4 bilion.


Katanya hasil tindakan di bawah Seksyen 104 Akta Cukai dan Pendapatan 1967 itu, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengutip semula RM1.3 bilion.

“Langkah lain yang dilakukan kerajaan bagi mengesan pengelak cukai ialah melalui pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di samping pengumuman Perdana Menteri mengenai pengubahsuaian Bajet 2016 yang telah menawarkan pengurangan penalti dan penghapusan kenaikan cukai,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) yang ingin tahu mengenai mekanisme kerajaan untuk membanteras golongan pengelak cukai dalam negara. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori