Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Penduduk Putrajaya Tertinggi Daftar...

KUALA LUMPUR - Jumlah individu yang sudah mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 melalui...

Dakwaan Fitnah Projek LCS:...

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli...

Kerajaan BN Uruskan Ekonomi...

KUALA LUMPUR – Semakan peningkatan kali keempat terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)...

Permohonan Surendran Ditolak, Perbicaraan...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini menolak permohonan anggota Parlimen Padang Serai,...

Lim Kit Siang Dibaling Telur Oleh Ahli DAP Sendiri

KUANTAN – Mungkin ramai masih lagi ingat bagaimana aksi cemas otai DAP, Lim Kit Siang dihalau oleh penduduk tempatan ketika berkempen pada pilihan raya umum ke-13 di Gelang Patah, Johor pada 2013 lalu.

Ini disusuli pula drama sensasi apabila tokoh pembangkang cauvinis itu diusir dengan penyapu oleh masyarakat ketika beliau berceramah di pejabat parti tersebut di Kluang, Johor yang hampir mencetuskan pergaduhan besar.

Itu cerita lama dan yang buat kacau itu pula bukan ahli DAP sebaliknya orang tempatan yang mungkin tidak suka dengan kemunculan Kit Siang ‘berbakti’ kepada rakyat dengan hanya menonjolkan kisah buruk Barisan Nasional.

Namun terbaharu dan tentunya tidak diperbesarkan media propembangkang susulan isu skandal banglo ‘murah’ anaknya, Lim Guan Eng baru-baru ini ialah berita panas beliau dilempar telur di Jerantut dekat sini pada Isnin.

Penasihat DAP tersebut bersama-sama dengan Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah dilaporkan telah berjaya dibaling telur oleh beberapa individu ketika sesi ceramah forum ala sembang kedai kopi di bandar tersebut

Ngah Ngah yang juga ADUN Tanah Rata mengesahkan mengenai kejadian yang cukup memalukan tersebut malah mengakui beliau turut mengenali salah seorang daripada mereka sebagai ahli DAP sendiri.

“Tiada apa yang boleh kita lakukan. Mereka telah baling telur pada saya, juga pada Kit Siang tetapi ceramah kita masih lagi berjalan selepas itu. Saya rasa masalah yang besar adalah hanya melibatkan beberapa orang itu.

“Mereka jangka bahawa calon mereka boleh bertanding dalam pilihan raya umum kelak,” kata beliau sambil menambah bahawa kumpulan itu turut bertindak nekad menurunkan sepanduk DAP di kawasan tersebut.

Ngah Ngah seterusnya menjelaskan bahawa sangat sukar bagi parti berkenaan untuk menuntut semula kerusi yang asalnya memang untuk DAP sebelum diberikan kepada rakan sekutunya, PKR pada pilihan raya umum lalu.

Beliau kemudian memberitahu portal propembangkang Malaysiakini bahawa pihak DAP Pahang memutuskan untuk melepaskan kerusi DUN Damak kepada calon PKR dalam pilihan raya umum ke-12 pada tahun 2008.

“DAP pernah bertanding di Damak pada tahun 2004 dan tewas kepada wakil BN-MCA. Bagaimanapun pada tahun 2008, kita tidak mempunyai calon sesuai, jadi PKR pula yang ditawarkan untuk bertanding di kerusi tersebut.

“Untuk ambil semula kerusi itu adalah sangat sukar,” kata Ngah Ngah, sambil menambah bahawa beberapa ahli-ahli akar umbi tidak berpuas hati kerana mahu hanya calon kegemaran mereka yang bertanding di kerusi itu.

Dalam pada itu, lain pula alasan diberikan oleh Setiausaha Parlimen DAP Jerantut, Hussein Chou Abdullah yang mendakwa, tindakan drastik itu dilakukan sebagai tanda protes ahli akar umbi DAP terhadap Ngah Ngah.


Menurutnya, kejadian mengaibkan tersebut juga berpunca akibat perasaan tidak puas hati ahli akar umbi DAP terhadap penetapan calon daripada PKR di kerusi Damak pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu.

“Kami tidak puas hati kerana ketika itu pada 2013, Ngah Ngah amat kurang memberi perhatian dan keutamaan kepada calon pilihan kami sendiri, Koh Boon Heng yang juga merupakan anak tempatan.

“Pimpinan DAP sebaliknya letak calon PKR sebagai mewakili kerusi Damak, justeru kami berpakat untuk tunjuk rasa tidak puas hati terhadap Ngah Ngah yang datang dengan Kit Siang dalam satu siri jelajah ke sini,” katanya.

Katanya, pada pilihan raya umum lalu, akar umbi amat berharap agar Boon Heng bertanding di kerusi Damak memandangkan beliau ketika itu ialah Naib Pengerusi DAP Pahang selain sebagai Pengarah Pilihan raya negeri.

“Kami kecewa kerana DAP bertindak memilih untuk letakkan calon lain bahkan dari PKR pula sedangkan Cikgu Koh (nama gelaran mesra Boon Heng) telah lama memberikan khidmat kepada masyarakat Damak.

“Cikgu Koh mula beri khidmat pada 2009 sehingga pilihan raya pada 2013, namun sebaliknya mereka (pimpinan DAP) tergamak meletakkan calon yang tidak melakukan sebarang usaha pun di kawasan ini,” kata Hussein Choo.

Menurutnya, kesan dari itu, Boon Heng bertindak bertanding di atas tiket bebas sekali gus menyebabkan tercetusnya pertandingan empat penjuru merebut kerusi Dun Damak pada PRU 13 yang lalu.

“Kesan dari perpecahan itu, MCA memenangi kerusi hanya dengan 64 undi sedangkan jika mereka mencalonkan Cikgu Koh, kita pasti dapat menang kerusi Dun Damak ketika itu,” katanya.

Tambahnya lagi, susulan itu, pihaknya berhasrat membubarkan tiga cawangan DAP daerah ini iaitu cawangan Taman Sri Tahan, Taman Intan dan Bandar Inderapura sekali gus pemilihan baharu akan dibuat.

MYNEWSHUB difahamkan, kehadiran Kit Siang dan Ngah Ngah ke daerah itu pada Isnin merupakan siri jelajah ramah mesra bersama Pakatan Harapan yang bertempat di Restoran Tong Nam Hin.

Jelajah tersebut dikatakan sudah bermula di Karak, Mentakab, Jerantut dan bakal berakhir di Lipis. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori