Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Banjir Di Kelantan Kian...

KUALA LUMPUR - Banjir di Kelantan semakin meruncing apabila jumlah mangsa kini mencecah...

Bunuh 300 Ekor Buaya...

SEKUMPULAN penduduk sebuah kampung di wilayah Papua Barat membunuh hampir 300 ekor buaya...

Angkara Cemburu Suami Suka...

Switzerland – Angkara cemburu, seorang wanita berusia 50 tahun, dikenakan hukuman denda £6,000...

Selepas Dua Hari Hilang,...

SIBU: Dua remaja lelaki berusia 15 tahun yang hilang sejak Jumaat lalu dibawa...

Mahathir Ambil Langkah Tepat Tinggalkan Umno, Kata Salleh

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil langkah tepat apabila beliau keluar daripada Umno, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau menyifatkan langkah itu sebagai pilihan terbaik bagi Dr Mahathir “memandangkan hubungan beliau dengan Umno atau pemimpinnya sudah tidak boleh dipertahankan lagi”.

Melalui catatan terbaru dalam laman blognya hari ini, Salleh berkata: “Tindakan Dr Mahathir memudaratkan parti dan adalah kelihatan tidak logik sekiranya beliau terus berada dalam parti, dan pada waktu yang sama, menentang parti.

“Sekiranya Dr Mahathir ingin terus menyerang Umno, maka beliau perlu berbuat demikian di luar Umno. Itu merupakan perbuatan mulia dan beretika untuk dilakukan.”

Salleh berkata ini kali ketiga Dr Mahathir meninggalkan Umno.

Kali pertama ialah apabila beliau dipecat presiden parti ketika itu Tunku Abdul Rahman. Beliau keluar daripada Umno pada 2008 apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi menerajui parti itu.

Salleh berkata beliau sedih dengan episod kali ini, bukan kerana Dr Mahathir sekali lagi meningglkan Umno, tetapi kerana keadaan pengundurannya.

Tiada siapa boleh menafikan Dr Mahathir banyak berjasa kepada negara sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri, “walaupun tempoh beliau menyandang jawatan itu, tidaklah bebas sepenuhnya daripada kecacatan.”


“Tetapi, peristiwa yang berlaku pada tahun lepas serta pengundurannya hari ini akan lebih diingati daripada kebaikan yang telah beliau lakukan.

“Saya ingin melihat sisi baik dan buruknya secara saksama dan ingin mengingatkan orang ramai bahawa walaupun ini merupakan sesuatu yang menyedihkan dalam sejarah parti, terdapat juga perkara yang baik dan kita perlu menerima gandingan kedua-duanya.

Salleh berkata, beliau sedar, “perkara itu tidak akan berakhir di sini dan kita akan terus mendengar daripada Dr Mahathir”.

“Saya hanya berharap agar kita dapat menjaga maruah dan tertib serta tidak membawa negara terjerumus ke dalam politik longkang.

“Dan, dengan penuh keikhlasan, saya mengharapkan yang terbaik bagi Dr Mahathir pada masa akan datang,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]cQORrxfq-Jc[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori