Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

4 Menteri Bincang Longgar...

KUALA LUMPUR - Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan berbincang dengan...

Sekolah Diarah Kesan Pelajar...

JOHOR BAHRU - Jabatan Pendidikan Negeri Johor mengarahkan pihak semua supaya mengesan dan...

Dulu Dipenuhi Sampah, Kini...

BERKAT kegigihan seorang anak jati Semenyih, sebuah kawasan pembuangan sampah haram berjaya ditukar...

Kuota Haji Malaysia 14,306...

KUALA LUMPUR : Kuota haji Malaysia tahun 2022 adalah 14,306 iaitu 45 peratus...

Mahkamah: Pembantu Veterinar Didenda RM20,000

JOHOR BAHARU – Seorang Pembantu Veterinar Pejabat Perkhidmatan Veterinar Kulai dijatuhi hukuman denda RM20,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini, terhadap tuduhan menerima wang berjumlah RM10,800 berhubung program Pinjaman Induk Tanpa Faedah (PINTAF), dua tahun lepas.

Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz turut mengarahkan tertuduh, Roslizan Hassan, 45, dipenjara enam bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Roslizan didakwa menerima wang berkenaan untuk dirinya melalui akaun Maybank isterinya, di Malayan Banking Berhad, Jalan Intan 2/1, Taman Intan, Kluang, antara 9.15 pagi dan 4.30 petang, 13 Jan 2014.

Dia didakwa menerima wang berkenaan daripada Ketua Pegawai Operasi Syarikat Gembala Utama Sdn Bhd, Zaiton Ibrahim Mohd Zahir dengan suatu balasan iaitu tidak membekalkan tiga ekor lembu pejantan baka Brahman kepada penternak yang mana diketahui Zaiton Ibrahim mempunyai hubungan melibatkan program PINTAF pada tahun 2013.

Roslizan dituduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Noor Fazlin Hamdan manakala Roslizan tidak diwakili peguam.

Dalam rayuannya, Roslizan memberitahu mahkamah bahawa dia tidak mahu mengulangi perbuatan terbabit dan perlu menanggung isteri dan empat anak serta ibu yang mengalami sakit buah pinggang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori