Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

‘Jika Keluar UMNO, Anda...

"INILAH harga perlu saya bayar untuk sebuah perjuangan." itu kata Ahli Parlimen Baling,...

Banjir: Jambatan Bailey Ganti...

Tanjung Malim : Sebuah jambatan Bailey akan dibina menggantikan sementara Jambatan Lama Sungai...

Bekas PM Bangladesh Dihukum...

DHAKA - Bekas Perdana Menteri Bangladesh, Khaleda Zia, telah didapati bersalah atas satu...

Rasuah RM4,000: Staf Perikanan...

PUTRAJAYA - Seorang kakitangan Jabatan Perikanan Perlis direman enam hari, bermula hari ini...

Maklumat WhatsApp Syabas Catu Air Tidak Benar

KUALA LUMPUR – Tiada catuan bekalan air dilakukan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) pada waktu ini.

Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan Pengurusan Air Selangor, Amin Lin Abdullah berkata, maklumat yang disebarkan di media sosial mengenai perkara itu tidak benar.

“Syabas ingin menyangkal laporan palsu yang tersebar luas melalui aplikasi WhatsApp baru-baru ini berhubung “senarai kawasan pelan catuan bekalan air peringkat kedua di Lembah Klang”.

“Syabas ingin menegaskan bahawa maklumat yang disebarkan tidak benar dan ia sebenarnya merujuk kepada pelan catuan bekalan air yang berlaku pada tahun 2014,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Sehubungan itu, Amin Lin menasihati orang ramai supaya menggunakan aplikasi telefon pintar mySYABAS atauwww.syabas.com.my untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori