APAKAH istimewanya syarikat KLIDC (Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd) kepada Lim Guan Eng sehingga beliau mengenepikan hak 270 keluarga untuk memiliki flat murah di atas tanah di Taman Manggis?
Itu pertanyaan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad kepada Guan Eng ekoran keputusan pihak DAP tergamak jual tanah yang sepatutnya dibina rumah rakyat kepada KLIDC.
“Bagi saya, ia sudah tentu berkaitan kepentingan kroni-kroni. Saya sebenarnya tidak kisah sangat soal banglo ‘murah’ beliau. Membeli dengan harga lebih murah daripada pasaran, itu soal integiritinya pula,†ujarnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru itu mengulas kontroversi pemilikan banglo oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu di bawah harga pasaran semasa kononnya dilakukan secara rela hati dan tiada kepentingan politik.
Shahrir mengakui beliau turut marah kerana mangsa sebenar dalam isu itu adalah orang miskin bandar yang dinafikan tempat tinggal kerana 270 unit rumah pangsa tidak dapat dibina di atas tanah lapang berkenaan.
“Kalau nak tolong kroni sekalipun, janganlah tindas golongan miskin. SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) patut siasat sama ada Guan Eng melakukan kesalahan,†katanya kepada sebuah portal tempatan.
Menurut Shahrir, beliau kasihan dan dan simpati kepada golongan miskin yang tidak dapat peluang sewa atau beli rumah kos rendah yang sepatutnya diperoleh jika Taman Manggis tidak dijadikan hospital atau klinik pakar.
Beliau malah menyifatkan tindakan Guan Eng menukar hak milik tanah tersebut yang asalnya untuk flat Projek Perumahaan Rakyat (PPR) ibarat rampas tanah daripada orang miskin dan menjualnya pula kepada orang kaya.
“Sekiranya beliau mengutamakan rakyat, tentu tanah itu tidak dijual kepada KLIDC, apatah lagi pada harga lebih murah daripada RM22 juta yang pernah ditawarkan oleh pemerintahan Barisan Nasional negeri sebelum ini,â€Â
“Ternyata KLIDC istimewa kepada Guan Eng,†sindir Shahrir sambil menyifatkan isu sebenar Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut adalah lebih berkaitan penjualan tanah untuk bina PPR kelolaan agensi kerajaan persekutuan.
Beliau dengan nada kecewanya menggesa Jabatan Audit Negara segera menyiasat isu penjualan tanah seluas 1.1 ekar di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin yang sepatutnya dibina untuk disewa kepada rakyat termiskin.
Menurut Shahrir, proses tender itu boleh diketahui sejauh mana telus atau tidak mestilah melalui proses siasatan khusus pihak Jabatan Audit kemudian membuat laporan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Beliau ketika ditemui pemberita di Parlimen menjelaskan bahawa rentetan perjalanan isu tersebut akan lebih terserlah dan menarik setelah Jabatan Audit Negara membuat siasatan penuh berhubung perkara tersebut.
“Mungkin ada cerita yang menarik di sebaliknya…â€Â, kata Shahrir yang juga melahirkan rasa kesal serta menjadi tanda tanya mengapa tanah yang sepatutnya dibina rumah untuk rakyat termiskin Pulau Pinang itu boleh terjual.
“Bagaimana rakyat termiskin ini hendak menyuarakan pandangan dan harapan mereka, sudah tentulah melalui saluran politik serta wakil yang dipilih mereka di Parlimen,†kata Shahrir.
Beliau turut berasa teramat ralat kerana tapak tanah yang sepatutnya didirikan perumahan rakyat termiskin hilang begitu sahaja kepada sebuah syarikat yang difikirkan mampu untuk mencari tanah di tempat lain.
Kata Shahrir lagi, “patut diutamakan adalah mereka yang memerlukan pembelaan, golongan bawahan, berpendapatan rendah dan rakyat termiskin, bukannya untuk syarikat yang memang sudah sedia kaya.â€Â
Menurut beliau, isu sebenarnya adalah kepentingan rakyat miskin diketepikan semata-mata memenuhi kehendak kapitalis atau tauke dengan cadangan pembinaan hospital dan kemudian ditukar pada pembangunan mewah.
Shahrir juga menyifatkan rakyat miskin dizalimi dan teraniaya kerana tanah patut dibina PPR yang dianggarkan sebanyak 270 unit dengan kadar sewaan RM100 sebulan telah dinafikan haknya kerana kerakusan pihak kapitalis.
Apa yang lebih dikesali, kata Shahrir, tujuan asal tanah lapang berkenaan sememangnya dalam pengetahuan pihak kerajaan negeri dan Ketua Menteri negeri itu sendiri.
“Tetapi pilihan Guan Eng ialah mengenepikan begitu sahaja harapan hasrat rakyat termiskin Pulau Pinang dengan menjualkan tanah tersebut kepada pihak kapitalis untuk pembangunan komersial,†tegas beliau lagi.
Isu Taman Manggis seluas 1.1 ekar di Jalan Zainal Abidin, George Town dibangkitkan semula oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabuddin Yahaya di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Beliau mendedahkan pemegang 60 peratus saham KLIDC, Datuk Tan Yong Chew adalah rakan kongsi dengan seorang individu bernama Phang Li Koon dalam syarikat Windbond Management & Consultant Sdn. Bhd.
Phang Li Koon secara kebetulan adalah pemilik asal banglo di Jalan Pinhorn yang dibeli oleh Guan Eng dengan harga RM2.8 juta sedangkan harga pasaran lebih RM6 juta. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA