Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Penerbangan MH020 Terhempas Di...

KUALA LUMPUR - Jabatan Penerbangan Awam (DCA) hari ini menafikan khabar angin yang...

Ahmed Dapat Jemputan Daripada...

SUSULAN insiden pelajar berusia 14 tahun, Ahmed Mohamed yang ditahan pihak polis kerana...

Margot Robbie Pegang Watak...

NEW YORK - Aktres Australia, Margot Robbie akan memegang watak anak patung ikonik...

APMM Patahkan Cubaan 12...

TAWAU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau mematahkan cubaan 12 pendatang asing...

Malaysia Airlines Bakal Catat Untung Mulai 2018

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines Berhad (MAB) dijangka mula catat keuntungan menjelang 2018 berdasarkan komitmen dan fokusnya ke atas pelbagai inisiatif dilaksanakan di bawah Pelan Pemulihan MAS (PPM).

Kementerian Kewangan dalam satu jawapan bertulis yang diedarkan dalam persidangan Dewan Rakyat di sini pada Rabu berkata, MAB juga telah berjaya mencatatkan prestasi ‘on time performance’ (OTP).

Ini melibatkan aspek ketepatan waktu untuk pelepasan dan ketibaan sesebuah pesawat miliknya pada kadar 95 peratus bagi semua operasi penerbangan domestiknya.

“Sejak beroperasi mulai 1 September 2015, MAB mencatatkan kemajuan positif selaras dengan hasrat PPM dan MAB akan terus memberi tumpuan kepada inisiatif-inisiatif untuk memulihkan syarikat,” kata kementerian itu.

Antara inisiatif dilaksanakan bagi mengurangkan kos operasi syarikat ialah menghentikan laluan tidak menguntungkan serta mengadakan kerjasama strategik dengan Emirates Airlines melalui perkongsian kod.

Ini menyediakan akses laluan lebih luas kepada lebih 30 buah negara termasuk di benua Amerika Utara dan Amerika Selatan serta Afrika yang belum dapat dimasuki oleh MAB.


Strategi lain yang dilaksanakan ialah menawarkan tempat duduk secara mendatar sepenuhnya bagi Kelas Perniagaan untuk pesawat jenis Airbus A330-300.

“Kesemua 15 buah pesawat jenis ini akan mula dilengkapi dengan konfigurasi baharu dan dijangka lengkap sepenuhnya pada Ogos ini,” kata kenyataan Kementerian Kewangan.

PPM memberi tumpuan kepada 12 bidang utama yang meliputi proses Tadbir dan Rangka Kerja Kewangan, Model Operasi Perniagaan, Kepimpinan, Modal Insan dan Pengawalseliaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori