Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Jus Busuk Dalam Keranda...

PENEMUAN keranda purba yang diperbuat daripada batu granit hitam di Mesir tiga minggu...

Uber Mula Khidmat Di...

PERKHIDMATAN Uber yang telah bertapak selama dua tahun di Malaysia menyaksikan kadar permintaan yang...

“Tak Pernah Keluar UMNO,...

CALON Presiden UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menolak dakwaan ramai bahawa beliau konon meninggalkan...

Tiada Perubahan Harga Bahan...

PETALING JAYA - Tiada perubahan harga bahan api pada bulan November.Harga petrol RON95...

Malaysia Berdepan Saingan Sukar Dalam Piala Thomas & Uber

KUALA LUMPUR – Malaysia akan berdepan dengan saingan sukar dalam Piala Thomas & Uber yang dijadual pada 15-21 Mei di Kunshan, China, selepas undian meletakkan pasukan negara masing-masing dalam kumpulan Korea Selatan dan China.

Menurut kenyataan dalam laman web rasmi Persekutuan Badminton Dunia (BWF) www.bwfbadminton.org, Malaysia diundi dalam Kumpulan C bersama Korea Selatan, England dan Jerman untuk Piala Thomas.

Malaysia diletakkan pada kedudukan keenam ranking BWF dan perlu turut berwaspada dengan England, dalam ranking ke-12 dunia untuk mengesahkan tempat dalam pusingan peringkat kalah mati. Hanya dua pasukan dalam setiap kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati.

Malaysi telah menjuarai Piala Thomas dalam tahun 1949, 1952, 1955, 1967 dan 1992.

Juara bertahan Jepun dan pasukan pilihan China pula diundi dalam kumpulan sama dengan Perancis dan Mexico dalam Kumpulan A.

Sementara itu untuk Piala Uber, Malaysia diundi dalam Kumpulan A dengan juara 13 kali China, Denmark dan Sepanyol.

China telah memenangi Piala Uber pada tahun 1984, 1986, 1988, 1990, 1992, 1998, 2000, 2002, 2004, 2006, 2008, 2012, 2014.

Malaysia tidak pernah memenangi Piala Uber.


Enam belas pasukan layak untuk bertanding Piala Thomas & Uber Cup berdasarkan pencapaian dalam kejohanan itu dan ranking pasukan.

Piala Thomas:
————-

Kumpulan A: China, Jepun, Perancis, Mexico
Kumpulan B: Indonesia, India, Thailand, Hong Kong
Kumpulan c Korea Selatan, MALAYSIA, England, Jerman
Kumpulan D: Denmark, Taipei, New Zealand, Afrika Selatan

Undian Piala Cup

Kumpulan A: China, Denmark, Sepanyol, MALAYSIA
Kumpulan B: Korea Selatan, Taipei, Mauritius, Amerika Syarikat
Kumpulan C: Thailand, Indonesia, Bulgaria, Hong Kong
KUmpulan D: Jepun, India, Australia, Jerman

– BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori