Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tambah Aset, Pertingkat Komitmen...

PUTRAJAYA - Kerajaan sedang menambah aset bagi meningkatkan kawalan keselamatan di Kawasan Keselamatan...

Beberapa Kawasan Di Daerah...

KOTA KINABALU - Beberapa kawasan di daerah Kudat, kira-kira 190 kilometer dari sini,...

Peserta Maut Diserang Sakit...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengucapkan takziah...

Tiga Meninggal Ketika Tunggu...

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tiga pengundi meninggal dunia ketika menunggu giliran untuk...

The Malaysian Insider Henti Operasi Mulai 15 Mac

KUALA LUMPUR – The Edge Media Group membuat keputusan menutup portal beritanya, The Malaysian Insider (TMI), mulai tengah malam ini.

Menurut kenyataan media dalam talian, The Edge Markets, pengarang TMI, Jahabar Sadiq berkata penutupan itu dibuat atas sebab komersial.

“The Edge Media Group membuat keputusan menutup The Malaysian Insider mulai tengah malam ini atas sebab komersial. Barangkali, kami mengambil tindakan tepat dengan keluar daripada talian betul-betul mulai pertengahan Mac,” katanya.

Menurut sumber daripada portal berita itu, satu perjumpaan antara 59 petugas dan pihak pengurusan TMI akan diadakan di ibu pejabat TMI di Petaling Jaya hari ini.

Sementara itu, terdapat laporan bahawa ketua pegawai eksekutif The Edge Media Group Ho Kay Tat berkata syarikat itu mengalami kerugian RM10 juta sepanjang tempoh 20 bulan sejak ia mengambil alih TMI pada Jun 2014.


Pada 25 Feb, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyekat akses kepada The Malaysian Insider.

SKMM berkata tindakan itu diambil kerana kandungan portal berita itu didapati melanggar Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori