PENYANYI antarabangsa, Mariah Carey yang terkenal dengan sifat divanya dikatakan mempunyai masalah dengan adik-beradiknya sendiri, betul ke?
Abang Mariah, Morgan Carey, 51; malah menggelarkan beliau sebagai ‘ahli sihir’ kerana keengganan dalam membantu menyelesaikan bil hospital kakaknya Alison Carey, 54.
Difahamkan kakaknya itu menghidapi HIV positif serta terpaksa menjalani pembedahan otak dan tulang belakang.
Menurut Morgan, Mariah juga bahkan tidak berusaha untuk datang dan melawat Alison di hospital.
“Alison sedang nazak dan bertarung nyawa dengan penyakitnya, di mana kamu?†jelas Morgan kepada The Sun yang ditujukan kepada Mariah.
“Kamu ingat kamu sangat popular tapi sebenarnya kamu adalah seorang ahli sihir.
“Dia mungkin banyak berbelanja pada makanan anjing daripada memastikan kakaknya, Alison mendapat penjagaan yang rapi,†tambah Morgan lagi kepada akhbar itu.
Sementara itu, Mariah yang pernah popular dengan lagu My All dikatakan memulakan sesi jelajah sekitar Eropah bermula di Glasgow, Scotland pada Selasa lalu semenjak kemunculan beliau secara langsung di United Kingdom pada 2003.
Penyanyi berusia 45 tahun ini juga dikatakan bakal bertunang dengan jutawan dari Australia, James Packer, 48; pada pertenghan Jun ini.
Menurut Morgan lagi, beliau tidak mengharapkan jemputan undangan ke majlis itu daripada adiknya, Mariah.
“Saya tidak fikir bahawa Mariah cintakan James, dia hanya obses dengan dirinya sahaja. Dia memang jahat.
“Itu memang sikapnya, dia hanya sayangkan cincin yang bernilai RM20 juta itu.
“Sangat menyedihkan, dia mampu untuk menunjukan cincin yang mahal itu tetapi tidak mampu untuk membantu kakaknya yang sedang nazak,†kata Morgan lagi. – MYNEWSHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=InA0qbguihI]