Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Lelaki Ditahan Muat Naik...

Kuala Lumpur : Polis menahan seorang lelaki yang memuat naik kenyataan bersifat provokasi...

Harga Semua Jenis Minyak...

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac...

KDN, Jakim Jalin Kerjasama...

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) buat...

RUU 355: UMNO Akan...

PUTRAJAYA - UMNO akan mengadakan perbincangan dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) mengenai...

Mariah Carey Teruskan Perangai Diva

Siapa yang tidak kenal Mariah Carey? Penyanyi terkenal yang mempunyai perangai diva tersendiri.

Dalam satu sesi pertemuan dengan peminatnya, penyanyi Hero itu telah mengenakan syarat iaitu mereka tidak dibenarkan menyentuhnya langsung walaupun bayaran yang dikenakan kepada peminatnya adalah RM2,900.

Ia termasuk larangan mencium, menyentuh atau memeluk Mariah namun dia dibenarkan menyentuh peminatnya.

“Ia merupakan syarat ketat kepada peminatnya. Dia boleh menyentuh peminatnya namun mereka dimaklumkan oleh pengawal peribadinya supaya tidak menyentuh Mariah,’’ kata sumber kepada The Sun.

Namun peminat tegar Mariah nampaknya tidak kisah dengan permintaan berkenaan dan mereka menghormati peraturan itu.


“Kebanyakannya teruja untuk bertemu Mariah dan mereka tidak peduli sangat dengan hakikat bahawa mereka terpaksa menjarakkan diri daripada Mariah.
“Hanya segelintir peminat yang merungut mengenai peraturan itu,’’ kata sumber berkenaan.

Selain itu, tuntutan diva terbaru Mariah ialah meminta penganjur untuk ke Asda di Galsgow pada pukul 3 pagi untuk mengambil DVD Disney untuk kembarnya yang berusia empat tahun.

Minggu lepas. Mariah mengecewakan peminatnya di Leeds dengan muncul 45 minit lewat, selepas tidur sehingga pukul 3 petang.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori