Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Zarema Tak Terkesan Tohmahan...

KONTROVERSI yang melanda pelakon, Rita Rudaini dan bekas suami, Aidil Zafuan bersama isterinya,...

Mangsa Banjir Di Terengganu...

KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di Terengganu setakat pukul 2 petang kekal...

PAS Tak Patut Sertai...

KUALA LUMPUR - DAP mengkritik pendirian yang dibuat Mursyidul Am PAS yang baharu,...

Punca Kematian Warga China...

BESUT - Pakar Perubatan Forensik Kuala Terengganu mengesahkan kematian seorang warga China di...

Masalah Keluarga Faktor Kes Dera Kanak-Kanak

KUALA LUMPUR – Konflik keluarga adalah antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan kes penderaan bayi dan kanak-kanak di negara ini, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun.

Beliau memberitahu persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini, berdasarkan rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kebanyakan kes penderaan berlaku dalam keluarga yang mempunyai masalah kewangan, ibu bapa penagih dadah dan perbalahan keluarga.

“Insiden penderaan kanak-kanak juga berpunca daripada kecuaian ibu bapa, mengikut teman lelaki, anak tidak sah taraf, anak tiri dan mangsa dera yang dipelihara oleh orang lain,” katanya menjawab soalan Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus).

Azizah berkata berdasarkan statistik JKM, bagi tempoh 2008 hingga 2015, sejumlah 16,287 kes penderaan kanak-kanak telah dilaporkan.

Dalam pada itu, katanya, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) juga mengadakan kursus Keluarga@Kerja sebagai usaha membantu ibu bapa menyiapkan diri serta mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran.


Langkah ini, katanya ke arah melahirkan keluarga yang berilmu, hidup dalam suasana mesra, berkasih sayang dan harmoni.

“Melalui kursus ini, ibu bapa berpeluang untuk mempelajari teknik-teknik mengimbangi tanggungjawab terhadap keluarga dan kerjaya serta memperoleh pengetahuan dan kemahiran keibubapaan,” katanya.

Katanya lebih 31,000 ibu bapa seluruh negara berjaya mendapat manfaat daripada lebih 700 program Keluarga@Kerja yang diadakan sejak 2008 hingga 2015. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori