Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

MyTeksi Kumpulkan US$350 Juta...

KUALA LUMPUR - GrabTaxi Holdings Pte Ltd, yang dikenali sebagai MyTeksi di Malaysia,...

Penyanyi Alif Satar Sah...

JARANG-jarang sekali orang mengambil keputusan mendirikan rumah tangga pada hari bekerja, tapi ini...

Pemindahan Aset Air Di...

SHAH ALAM - Proses pemindahan aset-aset air di Selangor kepada Pengurusan Aset Air...

Bekas Jeneral Dipenjara Pada...

SANTIAGO - Keluarga bekas jeneral tentera Chile menyifatkan tindakan mahkamah negara itu dipenuhi...

Cubaan Mat Sabu Masuk Sarawak Dihalang

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Presiden PAS yang kini Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu atau lebih popular dengan gelaran Mat Sabu dihalang daripada memasuki Sarawak hari ini.

Setiausaha Agung PAN, Mohd. Anuar Tahir berkata Mat Sabu dilarang memasuki Sarawak ketika beliau tiba di Lapangan Terbang Sibu kira-kira pukul 10.30 pagi ini.

“Beliau ditahan ketika mahu melepasi pemeriksaan imigresen dan hanya dimaklumkan halangan itu atas arahan Pejabat Ketua Menteri (Tan Sri Adenan Satem),” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Anuar berkata, PAN mengecam tindakan kerajaan Sarawak menghalang Presiden PAN daripada memasuki negeri itu.

Katanya, PAN memberi peringatan kepada Ketua Menteri Sarawak bahawa Sarawak salah sebuah negeri di dalam Persekutuan Malaysia.

“Tidak sepatutnya hak mana-mana warganegara untuk masuk ke negeri itu dihalang,” katanya.


Beliau seterusnya menuduh Adenan bersikap angkuh dan mengamalkan pemikiran sempit politik lama seperti bekas Ketua Menteri Sarawak sebelum ini.

“Sebelum ini, beberapa pepimpin Pakatan Harapan antaranya Nurul Izzah Anwar, Datuk Saifuddin Nasution, Rafizi Ramli, Tian Chua, Teresa Kok, Zuraida Kamaruddin dan beberapa lagi juga dihalang daripada memasuki negeri itu.

“Apa yang jelas, tindakan terdesak menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak yang akan diadakan dalam masa terdekat ini, menunjukkan betapa Ketua Menteri berada dalam ketakutan,” dakwanya. - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori